sekejap kita di atas sekejap kita di bawah,
itu adalah perkara yang biasa,
bagaimana kiranya hidup sentiasa di bawah?
adilkah DUNIA?
tapi itulah namanya Takdir,
ketentuan bagi yang fakir,
yang sentiasa akur dan tak pernah mungkir,
pada ketentuan Ilahi dan takdir
bila ku lihat diri,
masih ada yang lebih sedih,
mencari sesuap nasi,
mencari kehidupan duniawi,
bagi memenuhi keperluan sendiri...
kamu kata kamu hendak menolong,
tapi kamu hilang bila kami melolong,
kamu kata hendak membantu,
tapi kamu diam membisu,
kamu kata mahu akan itu dan ini,
oh manis sungguh janji-janji...
Kau hamba Allah Yang Esa,
kau tunggu balasan dari Nya,
kerana doa orang yang dianiaya,
sentiasa didengar olehNya...
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...