Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Tips Menang Pilihanraya Untuk Calon Wakil Rakyat

Thursday, April 28, 2011 3 ,000,000 terlepas cakap
Pilihanraya Kecik DUN Sarawak telah pun berlalu. Sebagai Dukun yang belum pun ditauliahkan banyak betol calon-calon wakil rakyat yang datang untuk aku jampi-jampi lawan masing-masing. Aku dah pesan, aku tak taw nak jampi-jampi untuk menang pilihanraya sebab aku dukun yang free dari politik. Hahaha tapi sini aku nak kongsikan kepada colan-colan pilihanraya ni, memandangkan tak lama lagi akan datang Plihanraya Umum tak lama lagi. JOM!! sama-sama berkongsi tips nak menang pilihanraya dari Dukun Vizard hahahah



1. Calon kenalah tabur janji-janji manis semanis madu. Janjikan rakyat bermacam-macam janji, sampaikan rakyat berada di awang-awangan, tak sedar berada di bumi yang nyata. Terutama rakyat yang berada di luar bandar tu. Alaaa dorang tu bukan taw sangat pun pasal berita-berita semasa. Baca paper pun dah seminggu punya cerita. Antara janji yang calon boleh tabur ialah korang nak buka jalan kereta api dari kawasan bertanding ke UK ker, US ker, jadi senanglah rakyat ke tempat tu untuk shopping. Pastu calon boleh janjikan nak bina rumah banglo 13 tingkat untuk setiap keluarga bagi menggantikan rumah PPRT.

2. Calon boleh guna taktik paling popular buat masa sekarang untuk menjatuhkan lawan masing iaitu taktik fitnah. Jahat ker? Tak de lah. Inilah taktik yang paling popular dan banyak pemimpin negara-negara luar dah pakai. Berjaya pun. Releks jer dorang tu menang dalam pilihanraya. Calon boleh fitnah lawan dengan statement seperti lawan calon tu penah buat 'ehem-ehem' dengan kucing ker, lepas tu musuh korang tu penah makan ayam tak sembelih ker, ala calon-calon pilihanraya mesti lagi kreatif dalam hal fitnah memfitnah ni..kan??

3. Gunakan sepenuhnya duit rakyat untuk kepentingan peribadi dan peribodi. Yer lah, dah diberi mandat untuk menjadi calon tu gunakanlah kuasa tu sebaik mungkin. Korang gunalah bajet duit rakyat tu untuk korang pegi pub ker, karaoke ker, pegi genting ker.. Yer lah, kan korang tu calon, jadi banyak tekanan dan otak pun jadi stress tersangat-sangat, apa lah salahnya korang sebagai calon pilihanraya ambil masa untuk diri sendiri berhibur sedikit-dikit.

4. Semasa berkempen ceramah-ceramah, korang boleh bawa penyanyi kelab dangdut ker, awek-awek seksi ker untuk hiburkan pengundi-pengundi korang. Yer la asyik dengar ceramah korang mesti pengundi jadi boring terutama pakcik-pakcik tu, mata cepat mengantuk. Tapi cuba korang bawa satu persembahan dangdut semasa kempen ceramah korang, perghhhh pasti ramai pemuda dan petua yang terhibur dan kompom undian korang naik mencanak-canak. Alaaa korang tengok jer lah blog yang berunsurkan seksi-seksi kan ker laku, stat sampai beribu-ribu sehari. Konsep sama, pelaksanaan jer berbeza.

5. Kalau korang ni dah cukup kaya ler katakan, korang boleh bagi upah kepada rakyat untuk mengundi korang. Bukan nak beli undi tapi saja jer nak bagi upah kat mereka untuk undi korang. Ala upah jer pun bukan beli undi. Dengan ini korang akan lebih dekat dengan rakyat. Rakyat akan lebih rapat dengan korang kerana korang sungguh pemurah hati sebab bagi upah semasa hari pengundian.

Aku kata : Tu jerlah tips aku untuk calon-calon pilihanraya pada masa akan datang. Dijamin calon-calon akan berjaya sekiranya korang menggunakan tips-tips yang telah diberikan. Pemimpin yang baik adalah mereka yang tidak memiliki apa-apa untuk dirinya dan keluarganya, segalanya untuk Agama, bangsa dan rakyat.

3 comments

April 28, 2011 at 10:37 AM

Paling LIKE No.2

Asal dekat pilihanraya saja, terus ada lah video seks lah apa lah. Cheap laaa. Cari la bahan lain pula.

April 28, 2011 at 10:43 AM

@CinoiLavigne YUP..aku penah dulu ikut kempen ceramah..yang no. 4 sama no. 5 tu lah yang di buat hahahaha

April 28, 2011 at 11:21 AM

satu lagi tips yg berguna..hahha..
main duit bawah meja la.. :)

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...