Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Intipati Bajet 2012

Saturday, October 8, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
Salam semua..

Aku bukan lah seorang yang gila berpolitik ker hapa ker, tapi aku suka baca hal-hal yang bekaitan dengan pentadbirang negara. Dan hari Jumaat, bersamaan 7 Oktober 2http://www.blogger.com/img/blank.gif011 korang taw kan apa yg berlaku. Seluruh rakyat malaysia tak kesah dok kat cerok mana pun menantikan sesuatu yang mendebarkan, iaitu pembentangan Bajet 2012. Kawan aku kat pesbuk cakap, dengar pembentangan bajet lebih mendebarkan daripada tengok harimau lawan kanggaroo main bola. Tak sangka pla harimau boleh kalah, terok pla tu. Ok tolak tepi soal harimau yang kehilangan taring dan kuku sampaikan pada masa kedua kanggaroo asik ketawa je. CIST punya kanggaro!!..



Berbalik pada bajet tadi, Ramai pakar segala pakar dari selurh pelusok tanah malaysia ni berpendapat dan berharap agar kerajaan dapat mengimbangi belanjawan pada kali ini. Kiranya belanja berhemat lah. Kerana apa yang dikhuatiri ialah sekiranya berlaku defisit kelak. Aku bukanlah dilahirkan sebagai pakar ekonomi dan sememangnya aku ni buta ekonomi, aku cuma taw pegi kedai beli gula, minyak dan beras. Sampai dekat kedai harga 3 barang tu melambong, dah lah aku belom keja lagi. SOoo, rakyat malaysia mesti ternanti-nanti beberapa pekara dalam Bajet tu..iaitu:

- Kenaikan Gaji
- Pemberian Bonus
- Apa cer dengan cukai..
- Gaji minimum?
- Harga Varang? Subsidi?
- Arghhhhhhhhhhhh..banyak ar!!

So, aku petik dari sini, so korang baca la apakah perbelanjaan kerajaan kita ni untuk tahun 2012. Entah cukup, entah lebih, entah-entah lingkup (Harap jangan sampai tahap ni la)

1) Peruntukan rancakkan pembangunan

  • Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

2) Kereta hibrid

  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

3) RM1 bilion untuk sekolah

  • Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan
  • Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara
  • Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan

4) Felda

  • Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global

5) Gaji penjawat awam

  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

6) Persaraan

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

7) Polis

  • RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
  • icon cool Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2012. Apa Pandangan & Pendapat Anda? Keluarga tentera
  • RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

9) Subsidi

  • Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

10) Skim rumah pertama

  • Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

11) Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

  • Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

12) Subsidi rumah

  • Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
  • Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

13) Teksi persendirian

  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

14) Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

15) Perlindungan kepada gelandangan

  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

16) Simpanan persaraan – KWSP

  • Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

17) Pinjaman TEKUN

  • Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

18) Penjawat Awam

  • Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

19) Meringankan Kos Sara Hidup

  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

20) Rancangan Tebatan Banjir

  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.




aku kata : aku bukan sapa-sapa. Tapi aku nak juga kalau semua menteri-menteri, MP-MP, YB-YB, atau semua pihak atasan tu ISYTIHARKAN HARTA mereka. yer la, nak juga minta sekerat dua jongkong emas dorang kikikiki.. Apa pun bajet ni rasanya masih banyak yang perlu diperbaiki. Tak pecaya? pegi baca mana-mana tabloid dari pihak-pihak tertentu. Hapa pandangan korang..JOM kongsi...^^

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...