Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Oh..Tertangkap!! Kalau nak segan pun, agak-agak la..

Sunday, January 1, 2012 0 ,000,000 terlepas cakap

GERGETOWN - Segan tidak bertempat, itulah yang berlaku kepada sepasang kekasih yang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) di sini.

Lelaki yang berusia 23 tahun itu memberikan alasan terpaksa membawa teman wanitanya tidur di sebuah hotel bajet kerana segan dengan ibunya yang berada di rumah.


“Saya bawa dia tidur di hotel kerana waktu siang dia datang ke rumah saya ada kenduri, tapi saya segan hendak bagi dia tidur di rumah kerana ada emak dan ahli keluarga lain.

“Jadi saya bawa dia tidur di hotel, dan saya sendiri tolong sewakan untuk dia tidur. Rumah dia di Kedah bukannya di Pulau Pinang ustaz,” kata lelaki berkenaan yang memberi alasan.

Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jaipp, Khairul Azman Azizan berkata, tindakannya itu langsung tidak wajar kerana segan tidak bertempat dan lebih takutkan keluarga dari takutkan ALLAH SWT.

“Kamu tak bagi dia tidur di rumah kerana ada keluarga jadi kamu bawa pula dia tidur di hotel, segankah itu,” tanya Khairul.

Kedua-duanya ditahan Jaipp ketika berada di sebuah hotel bajet di sini, ketika dicekup lelaki tersebut yang membuka pintu dan masih berpakaian lengkap, sementara teman wanitanya yang baru sahaja berusia 20 tahun berada dalam tandas seakan dalam keadaan terkejut.

Ketika pertama kali ditahan dalam bilik, lelaki itu memberikan alasan hanya menghantar teman wanitanya untuk berehat selama dua jam, bukannya datang untuk tidur.

Malah lelaki yang juga pekerja kilang itu mengatakan dirinya sakit kepala dan hanya mahu berehat sahaja.

Sementara remaja perempuan yang ditahan bersama teman lelakinya itu mengaku sedang dalam perancangan untuk bertunang namun tertangguh kerana masih belum mempunyai pekerjaan.

“Kami sudah ambil kursus perkahwinan ustaz. Saya memang hendak bertunang dengan dia, tapi masih dalam perancangan, saya datang ke sini sebab berjalan-jalan dan dia kata hendak hantar saya semula pada jam 6 pagi.

“Saya tidak mahu balik lewat malam kerana takut abang akan marah, jadi saya pun bersetuju untuk tidur di hotel dan balik keesokan pagi,” katanya.

Atas kesalahan itu, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mereka kemudiannya dibawa ke pejabat Jaipp dan diikat jamin oleh ahli keluarga.

Akukata : Hurm..tak taw nak cakap aper..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...