Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Oh..Sihat..!! Manfaat Menangis

Tuesday, February 7, 2012 0 ,000,000 terlepas cakap
Halo..

Kabaree? Waras?? Hehehe pernah tak korang menangis? Manusia menangis biasanya disebabkan oleh pelbagai perkara dan biasanya ia diiringi dengan emosi yang berbeza. Ada yang mengeluarkan air mata kerana gembira, sedih, terharu atau boleh aja disebabkan oleh ketakutan dan tak lupa nangis sebab berpura-pura. Ada yang nangis sampai bengkak-bengkak mata, tapi tahukah kita bahawa air mata yang dikeluarkan sebenarnya memiliki 6 manfaat. OK jangan banyak cerita JOM!! kita rungkai satu persatu..



Dr Gerald R. Bergman, profesor di Medical University of Ohio dan instruktur di Divisi Seni & Ilmu Pengetahuan Northwest State Community College di Archbold, Ohio. (amboi panjangnya), encik profesor ni berpendapat bahawa air mata ini merupakan satu keajaiban pada tubuh badan manusia, sehingga kita mampu untuk mengeluarkan air mata setiap hari. Tahukah kita bahawa menangis membuat kita berasa lega selepas melakukan aktiviti tangis menangis? Penelitian menunjukkan bahwa 88.8 % orang merasa lebih baik setelah menangis, dan hanya 8.4 % merasa lebih buruk. dengan muka yang buruk.

1. Membantu Melihat
Fungsi asal air mata adalah membolehkan manusia untuk melihat. Air mata tidak hanya melincirkan bebola mata dan kelopak mata, tapi juga mencegahnya agar tidak kemarau kekeringan. Jika tidak dilumasi dengan baik, maka mata tidak dapat melihat.

2. Membunuh Bakteri
Air mata sebenarnya adalah zat antibakteri dan antivirus yang bekerja melawan semua kuman dari tempat-tempat yang dikunjungi. Air mata mengandung lisozim, cairan anti kuman yang dapat membunuh 90 – 95 % bakteri hanya dalam 5-10 menit.

3. Menyingkirkan Racun
Ahli biokimia bernama William Frey telah meneliti air mata dan menemui bahawa air mata yang terbentuk ketika mengalami kesedihan lebih beracun dari air mata yang terkena debu atau iritasi. Ternyata, air mata tersebut mengeluarkan racun dari tubuh yang terbentuk kerana stres. peeeerrgghhh...

4. Meningkatkan Suasana Hati
Terlalu banyak kadar zat mangan (Mn) dapat menyebabkan perkara-perkara buruk seperti: kecemasan, kegelisahan, cepat marah, kelelahan, agresif, gangguan emosi, dan seluruh perasaan negatif yang lain. Menangis menurunkan kadar mangan seseorang. Air mata yang keluar ketika sedih mengandung konsentrasi protein 24 % lebih tinggi dan dapat mengangkut molekul mangan yang beracun.

5. Menurunkan Stres
Air mata memiliki fungsi seperti peluh dalam bersukan, maka menangis baik untuk meredakan stres. Air mata mengurangkan beberapa bahan kimia yang wujud dalam tubuh kerana stres seperti endorfin, leusin-enkaphalin, dan prolaktin. Tapi di satu sudut, air mata juga dapat meningkatkan paras stres dan penyakit yang diakibatkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan sebagainya.

6. Menarik Simpati dan Mendekatkan Diri dengan Orang Lain
Air mata secara dramatis dapat mengubah pendangan seseorang dan menyatukan orang dengan cara yang tulus. Air mata dapat memecah dinding emosional dan hambatan mental dalam diri sendiri terhadap orang lain.

Akukata : aku nak tambah juga ar..air mata juga merupakan SENJATA wanita yg paling berbisa...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...