SAN RAFAEL: Mahkamah mengarahkan anak raja filem lucah San Francisco dibicarakan kerana dituduh membunuh teman wanitanya dengan pemukul besbol.
Hakim daerah Marin, Kelly Simmons, berkata ada cukup bukti membicarakan James Raphael Mitchell, 27, atas kejadian pada 12 Julai lalu.
Ketika membuat keputusan itu, Kelly turut mengambil kira keterangan ibu Mitchell, Mary Jane Grimm.
Tertuduh didakwa menggunakan kayu besbol untuk memukul kepala Danielle Keller menyebabkan tengkorak mangsa pecah.Mitchell adalah anak Jim Mitchell, yang terkenal dengan filem Behind the Green Door.
Mitchell turut didakwa atas tuduhan menculik anak perempuan berusia setahun yang lahir hasil hubungannya dengan Danielle. Budak itu kemudian ditemui selamat.
Peguam bela Mitchell berkata, tertuduh tidak mengaku salah dan kejadian itu tidak disengajakan. - AP
p/s: Bapa Borek Anak Rintik
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...