Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Impian

Sunday, November 22, 2009 0 ,000,000 terlepas cakap
Sebelum bercuti hari tu, aku ada sembang-sembang kosong dengan kawan aku. Banyak benda yang kami sentuh, tapi yang paling best rasanya adalah bab IMPIAN. Katanya " ambition make you keep alive." Bila mana aku fikirkan kembali, sememangnya tiada salah apa yang dikatakan oleh kawan aku itu. Seseorang yang telah kehilangan segala-galanya, tetapi sekiranya dia masih mempunyai cita-cita atau impian, maka dia akan teruskan hidup untuk mencapainya.

Cikgu aku dulu masa di sekolah menengah pernah berkata " kalau nak jadi ayam, biarlah jadi ayam serama..kalau nak jadi kayu jadilah kayu golf, kalau nak jadi apa pun, biarlah jadi yang terbayek untuk diri kamu.." Bermakna bukan.

Setiap dari kita mempunyai impian, apa saja pun impian kamu, kejarlah ia..tetapi biarlah impian itu tak salah dari hukum agama dan undang-undang negara. tak guna juga kalau sibuk kejar impian tapi agama di belakangkan undang-undang pula jadi mainan. besar atau kecil impian tu tak kisah tapi apa yang penting adalah sejauhmana usaha kita untuk mengejar impian kita. kejarla impian kamu sampai ke bintang, dasar laut atau penghujung dunia ini.

"Impian Aku Ringkas. Menjadi seorang guru, menjalani hidup sebagai seorang insan biasa yang berkeluarga dan hidup bahagia"

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...