Kekurangan pada diri seharusnya tidak menjadi penghalang kepada seseorang itu hendak berjaya. Kejayaan seseorang itu didorong oleh sikap yang tidak pernah mengenal erti jemu dan juga rela berjuang di dunia yang kejam ini. Cewahhh hebat sungguh ayat pembukaan dari aku ni. Ok aku nak kongsi kisah seorang lelaki cacat yang telah cuba untuk memohon pekerjaan sebanyak 1923. Fuh banyak tu, tak cukup jari kaki dan tangan mahu kira. Oleh kerana paradigma masyarakat yang memandang seseorang yang OKU tidak mampu melakukan kerja maka beliau pun cari ler alternatif lain untuk hidup. Mari kita ikuti kisah Richard Shakespeare.
SINFIN - Seorang lelaki kurang upaya di Britain, Richard Shakespeare menubuhkan sebuah syarikat perunding bagi memberi nasihat mengenai perkhidmatan untuk golongan kurang upaya selepas 1,923 permohonan kerjanya ditolak, lapor sebuah akhbar semalam.

Shakespeare, penghidap sakit saraf Cerebral Palsy yang menyebabkan pergerakannya terbatas turut membelanjakan £1,000 (RM4,965) bagi membeli setem selama 12 bulan selepas dia diberhentikan daripada jawatan sebagai penasihat pelanggan sebuah bank Internet.
"Namun, sesudah setahun tidak mendapat kerja, saya mula tertekan dan peluang kerja yang bersesuaian dengan diri saya pula semakin berkurangan," katanya.
"Saya kemudian terfikir bahawa ratusan syarikat tidak memiliki pengalaman mengenai cara berurusan dengan orang kurang upaya dan saya sebagai seorang kurang upaya boleh membimbing mereka," tambahnya.
Idea tersebut menyebabkan dia menubuhkan sebuah firma perunding bagi membimbing majikan mengenai kaedah berurusan dengan golongan kurang upaya.
Kini, firmanya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.
Pada Oktober tahun lalu, Shakespeare mendapat pelanggan terbesarnya yang pertama apabila pengurus Hotel Novotel, Mike Colman meminta khidmat nasihatnya mengenai cara meningkatkan tahap perkhidmatan di hotelnya. - Agensi
p/s : hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Dipinjam dari kosmo
2 comments
intresting!!
zul tengo tu..
dia belanjankan sampai RM4000 lebih tau
semata2 nak keja..
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...