Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Korban kakak disebabkan KEBODOHAN adik-adiknya

Saturday, August 27, 2011 1 ,000,000 terlepas cakap
JOHOR BAHRU: Demi menyelamatkan dua adik perempuannya daripada terus bergelumang dosa, seorang kakak menempuh pengalaman pahit apabila putus jari kelengkeng akibat ditetak teman lelaki seorang adiknya.


Wanita yang mahu dikenali sebagai Hidayah itu berkata, selain putus jari kelengkeng, jari manisnya cedera dan kecacatan itu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

“Lebih memilukan majlis perkahwinan saya yang sepatutnya diadakan akhir Jun lalu turut dibatalkan. Itu ‘habuan’ yang saya terima dalam usaha menyelamatkan dua adik daripada kancah maksiat,” katanya.

Menurutnya, insiden itu berlaku pada 24 Mei lalu di rumah sewa kedua-dua adik perempuannya, dikenali sebagai Aishah, 20 dan Ain, 16, di sebuah taman perumahan di sini dan mereka bersekedudukan dengan teman lelaki masing-masing.


“Kakak mana boleh bersabar dengan sikap mereka yang bukan saja tinggal bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam itu sejak April lalu, malah teman lelaki seorang daripada adik saya juga terbabit penagihan dadah,” katanya.

akukata : BUDUH punya adik..

1 comment

August 27, 2011 at 10:10 AM

nauzubillah..harap2 dijauhkn drpd adik2 cmtu..huhu sdh la aku ada 2adik pmpuan ~.~

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...