Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

sapa kata Bahasa inggeris itu mudah?????

Tuesday, November 3, 2009 2 ,000,000 terlepas cakap
aku nak kongsi satu cerita benar ni..tapi tak tahu la sejauhmana kebenaran dia
korang bacala sendiri dan nilaikan sendiri ya. hehehe



so mcm mana.. anda setuju bahawa bahasa inggeris itu bukan mudah untuk dipelajari, oleh itu, marilah kita berjuang mempertahankan bahasa kebangsaan kita..
hidup Bahasa Melayu...

p/s; sori gambar tak seberapa

2 comments

November 3, 2009 at 2:15 PM

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
tak ada benda yang senang, so belajar lah. Tuhan kurniakan akal, ilmu dan kudrat. sebagai tanda menghargai rahmatNya, gunakanlah anugerah yang ketiga2 itu sebaiknya. menuntut ilmu juga dikira jihad. jadi belajar lah. bahasa kebangsaan memang dipertahan diperjuangkan, tapi jangan lupa perkara lain yang boleh bawa kebaikan kepada bangsa kita.

November 3, 2009 at 8:33 PM

aku setuju apa yg kamu katakan. aku bukan mahu mengetepikan bahasa asing sebagai bahasa yg tidak penting. aku juga bukan mahu katakan yang aku tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan jauh sekali wahai saudari. tapi apa yang aku cuba tonjolkan bukanlah dari pandangan mereka yang bijak pandai yang mengetahui apa itu ENGLISH, tapi yg menjadi perhatian aku adalah mereka yg datang dari golongan berpendidikan rendah.
Bahasa Melayu bukanlah bahasa yg kecil saudari, bahasa Melayu adalah bahasa keempat terbesar digunakan di dunia. bahasa melayu pun pernah menjadi lingua franca, jadi kenapa tidak berbangga dengan bahasa sendiri???
Jepun bukan negara yang biasa, tapi sebuah negara yang sangat maju kehadapan. jauh meninggalkan negara-negara lain di dunia. persoalannya mengapa rakyatnya maju kehadapan dan berintelektual??? salah satu faktor adalah kerana penulisan dan penerbitan buku-buku mereka sama ada dalam atau luar negara adalah berbahasa jepun. rakyat di negara ini pula kurang berminat membaca buku-buku ilmiah adalah kerana kurangnya buku yang berbahasa melayu.
apa pun anda dengan pendapat anda.
BTW nice to know you...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...