Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Selamat Bercuti

Wednesday, November 18, 2009 0 ,000,000 terlepas cakap
cuti sekolah datang lagi. setelah berhempas pulas meredah dan mengharungi gelora badai yang disebut PEPERIKSAAN, maka seperti biasala segala penat lelah dibayar dengan cuti yang agak panjang. oleh itu, adalah menjadi kemestian bahawa kita seharusnya berehat dan memikirkan apakah perancangan yang sesuai untuk mengisi waktu cuti yang agak panjang.

Cuti?? sepurnama lamanya untuk kita memuhasabah diri apakah yang telah kita lakukan selama semester ini? adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk diri kita? banyak persoalan yang mesti kita jawab sepanjang sebulan kita semua bercuti

aku pula, dalam semester ini banyak yang berlaku kepada aku. Banyak perkara yang berlaku benar-benar diluar dugaan aku dan sudah semestinya semua itu berlaku dibawah kekuasaan dan ketentuan dari-NYA. Siapa aku untuk menghalang dan menyesalinya?

Aku berjanji semester depan aku akan
  1. Jaga Solat Subuh aku. (ni aku selalu miss, tak tau sebab apa)
  2. Jaga Family aku
  3. Jaga Study aku.
  4. Jaga Gurlpren aku.
  5. Jaga Kawan-kawan aku
  6. Jaga Blog aku
  7. Jaga semua yang aku sayang
kerana kamu semua begitu berharga untuk aku.

ApApun Selamat Bercuti Kepada Semua budak-budak sekolah menengah dan rendah khusunya kepada semua Pelajar IPGMK Gaya.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...