Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Pengenalan Anatomi

Wednesday, November 25, 2009 0 ,000,000 terlepas cakap

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini adalah satu kajian sains yang membanggakan kerana telah bermula sejak 23000 tahun yang lalu. Displin ini adalah suatu bidang biologi yang berprestij pada awal abad ke -19 dan masih merupakan bidang sains yang dinamik dan berkembang.
Anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisplin seperti anatomi kasar ( gross ) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ memotong atau membelah anggota badan ” untuk melihat strukturnya.
Anatomi kasar terbahagi kepada :

i. Anatomi kawasan ( regional )
Semua struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala.

ii. Anatomi bersistem ( systemic )

Semua organ yang mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain akan dikaji secara bersama. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji sistem otot, kita akan mengkaji semua kompenan sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubung kait antara struktur dengan fungsinya.

iii. Anatomi permukaan ( surface )
Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan tubuh.

Anatomi mikroskopik atau histologi ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskopik penting kerana banyak proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel. Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu berdisplin yang mengkaji fungsi tubuh. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang tebal dan pamjang seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis, keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.

Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya ialah :

I. Menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang Spesifik Untuk otot dan sendi tersebut.

II. Menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal.

III. Memahami fungsi dan kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi sukan

IV. Sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian sukan.



Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...