Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Tiada cerita..aku merepek dulu..

Monday, September 26, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
Seyesly..aku rasa bersalah dengan blog ni. Hampir berbulan aku diceraikan oleh blog ni disebabkan oleh orang ketiga iaitu kemalasan yang tahap melampau-lampau. Hurmph..apa aku mau ceta skg ni ar..

Ok memandangkan aku kembali ke arena keblogan ini, maka aku berjanji sumpah seranah setia untuk kembali berblog, memandangkan banyak permintaan daripada anak-anak jin yang merayu untuk aku mengembalikan diriku ke lembah blog.

Ok, ceta sikit sal aku, aku hilang lama sebab petama dan selamanya bizi dengan Praktikum dan esaimen yang berlambak-lambak. Lepas tu banyak komitmen dengan kelas. Jadinya keterbatasan masa itu aku sukar untuk menghupdate blog ini. Aku minta hampun banyak-banyak.

Apa lagi erk aku mau ceta...

Oh..korang penah terjebak dengan centa bersegi-segi ka? contohnya, si A minat kat si B, padahal A dah ada gupren, lepas tu si B ni pun sama gak dah ada bupren? Ntah, akhir-akhir ni ramai pla yang aku kenal terjebak kat cinta spesis baru ni. Mungkin bagi korang yang belom pernah terjebak, akan berkata macam-macam. Tapi macam mana rasanya kalau korang yang terjebak sendiri..hahah Padan Muka.. Aku tak maw komen banyak-banyak hal macam ni, kang aku pla tebabit sama. Pandai-pandai lah fikir.

Ada lagi aku mau mengadu sama kamurang ni. Korang penah jumpa tak manusia yang spesis macam biawak lidah bercavang-cavang? Alaaaa.. manusia macam ni pandai berkata-kata tapi dalam masa yang sama kata-kata dia tu penuh dengan ayat yang menyakitkan ati. Tambah pla boleh buat orang lain jadi malu, maruah tercalar, dan manusia spesis macam ni pandai bemuka-muka. HUH!..Aku jumpa seekor manusia macam ni, kalau bukan disebabkan dia lebih bepangkat dan bekuasa dari aku, dah lama aku sound balik. hurm..Nasib aku tak nak memaki di blog sendiri..

ok lah makin lama, makin merepek..korang teruskan lah besama aku erk..mungkin dah banyak ceta yang korang baca dari blog lain tapi ada pla kat blog ni. Alaa korang anggap ini ulang siaran balik la yer hahahaha..ROGER!!!



Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...