Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Akhirnya semua berlalu..

Friday, October 8, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Hari ini..boleh lah dikatakan kembali kepada keadaan normal. Esaimen da hantar kesemuanya (tinggal fail EDU3105 lagi). segala penat lelah menyiapkan esaimen yang aku rasa bukanlah pada tahap 100% aku semasa meyiapkannya. Tapi Syukur lah juga Allah berikan aku kesempatan untuk myiapkan tugasa tu semua. Tadi da juga selesai satu pertarungan (exam) menentang WAJ3107. Sekarang Tak tahu nak buat apa. Di Luar hujan tak dapat nak keluar. Duduk bilik lagi la jawabnya.

Beberapa hari yg lepas aku gaduh dengan kawan aku. yaa.. memang salah aku pun sbb nak buat lawak di kala esaimen berlambak nak hantar. Tapi bagi aku, janganlah sensetif sangat. Dia anggap aku perli dia. Tolonglah ya, tak kuasa aku nak cakap orang lain tu lebih bodoh dari aku. Nobody Perfect maa. Aku dah minta maaf, tapi dia dengan rasa ego dia, siap maki aku lagi. Amboi bukan main mulut tu tak bayar insuras, mengingatkan dia pernah jadi roomate aku dulu, aku batalkan niat nak hempuk kepala dia dengan bangku yang dah siap sedia untuk dijadikan bahan menjahanamkan kepala dia. Syukur ALHamdulillah, sesungguhnya orang yang paling kuat adalah mereka yang mampu menahan kemarahannya. Teringat kata-kata bijak pandai, semua orang boleh marah, tapi nak marah pada tempat, masa, mahupun kepada orang yang sesuai bukanlah kerja yang mudah, hanya orang bijak saja yang boleh buat macam tu. hehe kira aku ni kategori bijak juga lah.

Esok exam KOAM. Dulu dah penah gagal, kali ni aku mmg tak yakin dan tak mahu pun nak lulus. Tapi tak salah nak mencuba nasib bukan? heheh Mudah-mudahan doa dari family aku sentiasa mengiringi aku. Amin.

sekiranya aku boleh memilih,
aku akan pilih untuk tidak memilih,
kerana pilihan untuk aku,
memaksa aku untuk tidak memilih....

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...