Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Jalan cerita

Sunday, October 24, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Hidup,
satu perjalanan,
bertemu kawan dan lawan,
mencari rezeki, mencari pasangan,
membawa bekalan untuk hari kemudian...

Keluarga,
aku sayang kamu semua,
adik, abang, kakak, mak dan ayah,
kamu adalah satu tiada duanya,
terima kasih mak ayah,
menjaga aku sehingga dewasa,
ampun dan maaf sentiasa ku pinta,
agar restu sentiasa bersama,
kerana aku sunyi mak ayah tiada
adik, abang kakak terima kasih juga,
menemani aku di dalam keluarga,
bersama bersedih dan gembira,
tidak kira waktu dan masa,

Kawan,
ketika aku kealpaan,
kau tiupkan semangat dan keinsafan,
sentiasa menerima diri yang kekurangan,
tidak pernah jauh sentiasa berdekatan,
tangan sentiasa dihulurkan,
senyuman sentiasa dilemparkan,
semangat sentiasa dihidupkan,
terima kasih diucapkan,
keranan membawa erti persahabatan...

Pujaan hati,
yang sentiasa diingati,
ku mahu kau sentiasa di sisi,
menjadi pasangan mengharungi hidup ini,
tidaklah aku keseorangan diri,
terima kasih kerana setia berdiri,
bersama aku di sini...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...