Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

" kamu bukan lemah "

Tuesday, October 12, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap

Post kali ini saya tujukan untuk semua yang menganggap diri mereka lemah. Perkara yang berlaku pada diri kita kadang-kadang bukanlah kita minta tetapi adalah kerana kita telah ditakdirkan sedemikian rupa. Bukan kerana Yang Maha Esa mahu kita seperti itu, tetapi Dia mahu kita mencari hikmah penciptaan diri dalam kelemahan itu.

Seorang teman duduk seorang diri setelah ditertawakan oleh Pensyarah dan kawan-kawan yang lain kerana kelakuannya yang melucukan. Pada mulanya terukir senyuman di wajahnya, namun sesaat dia duduk dipenjuru padang, aku melihatnya memandang jauh. Ya, cukup jauh untuk memahami apakah dia begitu lemah sehingga diketawakan. Kawan-kawan dan pensyarah ketawa tanpa belas kasihan, beginikah sikap manusia apabila berhadapan dengan orang yang lemah atau bodoh? Aku terus memandangnya, ingin ku dekati namun takut dia akan berang sekali lagi. Tiada niat untuk mengetepikannya atau membiarkannya bersendirian di kala dia memerlukan seseorang utnuk bercakap. Aku tahu, bukan aku lah orang yang sesuai untuk berbicara dengannya. Aku melihat matanya sayu saja, bibirnya mengetap, tangannya digenggam. Aku melihatnnya dengan pandangan seorang teman. Aku mahu katakan sesuatu kepada mu wahai kawan.

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. Kurang bersemangat akan mengakibatkan lebih banyak kegagalan.

Namun aku yakin dan pasti kamu tidak lemah, kamu baik, jangan salahkan diri kamu kerana kamu adalah kamu. Kamu lebih tahu siapa diri kamu dan kamu lebih tahu kenapa kamu begitu. Kami tiada hak ke atas diri kamu hanya kamu dan Yang Menciptakan kamu saja yang mempunyai hak ke atas setiap sel dan tisu yang membaluti tulang mu dan setiap titis darah yang mengalir dalam tubuh kamu. Ingat, jangan pernah pandang diri kamu adalah lemah. kamu adalah kamu. ZEKIEL K. KERIDAU;-)

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...