Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kisah Cinta Satu Malam..

Sunday, October 10, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap

Anda percaya pada hubungan yang istimewa? Baca kisah ini...

P mengenalinya ketika D sedang menyiapkan esaimen bersama rakannya disuatu tempat. P mendekati mereka, dan mengganggu mereka. Pertama kali P melihat wajahnya, P terpegun dan menyimpan satu hasrat untuk memiliki hatinya. Namun tidak disangka kehadiran P pada malam itu mendatangkan kebencian di hati D. Namun itulah satu titik perkenalan mereka di sebuah kampus pengajian. Selepas perkenalan pada malam itu, mereka sering bertemu dan bergurau antara satu sama lain. Mereka bermula dengan satu perkenalan biasa sahaja.

Namun, selang 3 tahun mengenali diri masing-masing sebagai kawan. P masih setia menyimpan satu perasaan istimewa di hatinya terhadap D yang tiada seorang pun mengetahuinya termasuklah D. Walaupun wanita di hati P sering bersilih pergi, namun perasaan istimewa itu tidak pernah pudar. Kesempatan mengikuti satu program bersama-sama dengan D tidak disia-sia kan oleh P. Pada suatu malam nan tenang, di bantu oleh angin yang sepoi-sepoi bahasa P mengambil kesempatan menyatakan hasrat hatinya yang terpendam. P menyatakan perasaan istimewanya terhadap D. D terkejut, tergamam dan terkesima. Tiada kata yang mampu dia lakukan melainkan memandang mata P yang menunjukkan sinar kesungguhan dan kebenaran hatinya. D, dengan nada suara yang tersekat-sekat, dan suara yang tenggelam dengan desiran angin bayu malam berkata

" ya, aku pun suka kamu. Tapi saya tak boleh, saya sudah ada boyfriend. Kamu sudah ada girlfriend. Mana mungkin kita dapat bersama."

" Ya, saya tahu, kita sudah ada kepunyaan masing-masing. Niat saya cuma mahu menyatakan hasrat hati saya. Apa yang saya rasa terhadap kamu selama ini. Saya tiada niat mahu merampas hati kamu dari dia (bf D)."

" Kamu benar-benar jahat. Kenapa kamu muncul lambat? kenapa baru sekarang kamu baru ada keberanian menyatakan hati kamu? Takkan selama di kampus kamu tidak pernah mendengar bagaimana hati aku juga memanggil kamu. Aku pun suka kamu."

Pertemuan mereka pada malam itu benar-benar indah. Mereka memutuskan untuk bercinta walau hanya untuk satu malam sahaja. P benar-benar rasa penantian selama ini berbaloi. D pula benar-benar tidak menyangka yang pada malam itu keajaiban berlaku. Walau hanya satu malam mereka benar-benar rasa telah bercinta selama ini. P berterima kasih kepada D kerana menerimanya walau hanya satu malam sahaja. D pula berkata sekiranya mereka tidak punya pasangan masing-masing mungkin mereka P adalah jodoh P.

Pertemuan mereka pada malam itu berakhir dengan hujan yang turun membasahi mereka. Mereka tidak akan melupakan kisah cintanya yang bermula dan berakhir pada malam yang sama. Namun ada janji di antara mereka sebelum mereka kembali kepada insan yang turut menanti mereka.

akan bersambung....(tak tahu bila..)

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...