Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Baru nak muncul? Baik ko tak payah tunjuk muka lagi!!

Tuesday, April 19, 2011 11 ,000,000 terlepas cakap
Salam Rindu semua...apa khabar?

Bukan 3 hari tapi 3 Minggu aku tak dapat update blog ni. Dah berhabuk, becendawan, berlumut dah blog ni. Ntah ada masih tak pembaca dalam blog ni. Sedih juga aku tak dapat hupdate blog kesayangan aku ni. Tika aku menaip entry ni kelajuan internet kampus aku sama laju dengan bas sekolah yang hantar budak sekolah rendah. Banyak betul kekangan sampai aku tak dapat nak update blog ni. Baby betul rasanya.

3 minggu lepas aku diserang demam yang teramat sangat. Yer lah aku kan menusia biasa walaupun memiliki ilmu dukun seputar alam aku masih tetap bergelar hamba abdi kekal abadi kepada Tuhan pemilik alam. Rasa kecil betul diri ni bila dah sakit. Tapi syukurlah masa-masa sakit juga lah baru kita sedar betapa besarnya nikmat sihat yang ALLAH berikan kepada kita. Dalam keadaan sakit tu juga aku gagahi diri ke sekolah untuk menjalani praktikum. Balik dari sekolah minum ubat terus tido. Gila punya sakit kepala, badan dan hidung ni. Dah tu mengajar subjek PJ pla tu tengah panas-panas.

Sembuh dari sakit, terus aku cek internet. Ya ampun ujian lagi. Modem BerokBand aku pula rosak. Langsung tak dapat nak buat koneksyen. Aku punya lah geram satu badan. Rasa demam aku nak balik jak. Aku cuba pula pujuk hati yang terluka dengan cuba-cuba untuk sambungkan ke waipai kampus. YES dapat, tapi nak masuk blog, kena tunggu 100 tahun baru boleh jumpa page dia. Tapi bila log in pesbuk boleh pula. Kurang asam jawa punya waipai. Jadi tu lah sebabnya aku tak dapat nak update apa-apa mengenai kembara aku jadi cikgu. Sedih betol aku. Mohon maaf kat nieja ya and thanx sbb dia rajin update mengenai kembara tu.

Dah aku tak dapat nak update blog, masuk pesbuk pun kekadang jak so aku pun terputuslah hubungan langsung dengan geng kongsi gelap paling ditakuti di sabah ni iaitu WSB. Entah apa lah kabar dorang tu. Terkadang malu juga aku maw mengaku Wasaber, sedangkan aku bukannya aktif lagi. WSB ni pun dah berkembang macam tepung yang kena adun dengan ibu roti. Betul-betul pantas perkembangannya sehingga kan kerajaan AS pimpinan Barack Obama tidak mampu untuk menahan perkembangannya. Harap WSB terus sukses. Apa pun itu WSB tatap menjadi pojaan hati ku.

OK lah, aku malas maw merepek panjang-panjang, nanti kang aku update lah blog ni. Aku cuba cari masa-masa di mana waipai kampus ni laju sikit. Tak pun aku cuba lah tebalkan 3 inci muka aku ni untuk pinjam BerokBand dari kawan-kawan. hehehe

Untuk pembaca semua, aku sayang korang laju-laju hahahahah

11 comments

April 19, 2011 at 7:49 PM

welkaming back bro...haha....

menanti post menarik ko.....

April 19, 2011 at 7:52 PM

deii..ku tnggu2 update psal prktikum..mcm ak jak ksiukan sndiri crta psal prktikum ak..hahaha
~.~
apa2 pn wlkem back! :)

April 19, 2011 at 7:56 PM

@sampah hitam thanx bro..hehehe..pas ne aku try update di masa-masa waipai laju k..

@~NieZa~ sori bha nija..aku demam seyes hampir dua minggu aku demam..lepas tu berokband aku rusak..huhuh

April 19, 2011 at 8:05 PM

oooooo...yang kembara praktikum tuh, selalu aku bace kat blog s.s.j...kau pun terlibat same la yek....hehe...

April 19, 2011 at 8:24 PM

lek bha vid...xjga ak makan ko bha..syukur la kna kasi sakit. trhapus dosa2 kecil insyaAllah..^_^

sampah hitam: uhukkhh segan ak taip nama ko ni. ehh..rajin jga ko tgk s.s.j 2 ya...bdk 2 xbleh blah la..crta merepek jak. kahkahkah

April 19, 2011 at 8:32 PM

Alamak! Masih tetap keluarga waa...ehehe.

April 19, 2011 at 9:22 PM

ok allz..thanx for supporting me..hehe sayang korang laju-laju ni..eheh..

April 19, 2011 at 9:58 PM

kalu di kampungku ni, blog buleh tahan fb pula kin panas...lembap..
apahal pun..welkom bak hehee

April 20, 2011 at 6:45 AM

@Mama JnJ waahh thanx mama heheh..

April 20, 2011 at 9:20 AM

ui!ndak payah la ko mau tebal muka pigi pnjma brodben kwn mu~pinjaaaaam jaaaakkk~btw, skolah mana ko ajar?

April 20, 2011 at 1:41 PM

Wah pnjangnya cerita kehilanganmu dr dunia blog kesiannn. Mula lah ber blog byk2 gnti tu 3minggu

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...