Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[Kembara] 30 Hari menjadi guru Praktikum (Episod 8)

Monday, March 28, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
Halooo..selamat berhari Isnin semua..
Dah masuk minggu kedua aku kat sekolah ni. Hari Isnin standard la semua agensi kerajaan mesti buat perhimpunan termasuk juga lah sekolah. Sekolah aku buat perhimpunan hari ni dengan macam-macam ucapan termasuk kegarangan GB sekolah dia masa bagi ucapan. Tapi satu pun tak masuk kat telinga aku hahhahah

Ada tadi seorang budak tahun 1 buat persembahan story telling yang cukup comel bagi aku. Tajuk dia "chicken"..ahaha comel budak tu dengan kepetahan dan gaya dia bercerita memang layak pun dia menang.

Lepas dari perhimpunan tadi aku terus masuk ke kelas dengan semangat mengajar yang dah luntur dek kerana masa mengajar aku dah kena hambik oleh masa perhimpunan tadi. Nda pa lah. Aku masuk dan pesan suh budak-budak Tahun 2 tu pakai baju sukan esok heheheh.

9.10. Aku masuk kelas Tahun 2 Juara yang memang juara dengan kenakalan mereka. Dalam kelas ni juga budak OKU tu ada. Masa aku masuk tadi guru sebelum aku tu bagi dorang keja suruh salin balik apa yang cikgu tu tulis di papan tulis. Nda pa aku bagi peluang budak-budak tu salin dulu. Aku biarkan masa aku mengajar 15 minit kena hambik. ARGHHHHH...tak tahan aku terus suh budak-budak tu tutup buku dan dengan aku mengajar hahaha. Mana cukup 15 minit mengajar ni. Adeiii..tapi apa yang aku banggakan tadi, budak-budak yang nakal dalam kelas ni aku tundukkan dengan jampi serapah penunduk aku. hahahah.

Oh ya aku maw cerita ni sembang-sembang aku dengan sorang budak pompuan tahun 1 ni. Nama budak ni Via. hahaha aku kacau-kacau dia dengan kawan aku masa budak ni rehat. Kebetulan dia makan sebelah aku jew.

Aku : Via, ko dah ada boipren ka?

Via : Ada cikgu.. (dia senyum sambil menampakkan gigi dia yang kosong di hadapan)

Aku : (sambil dahi berkerut sebab terkejut) Wahhh siok owh ko ada boipren..budak mana?

Via : Budak tahun 6. Nama dia Douglas..

Aku : Hahahahaha iya ka? (aku ingatkan 'boipren' budak ni sekelas atau ada di tahun 2. Taw-taw tahun 6) Tipu la kau via, cikgu nda pecaya lah...

Via : Betul Cikgu nda tipu ni..(sambil menyeluk saku mengeluarkan sesuatu) Naaahh!! cikgu ini bukti dia boipren aku. Dia bagi aku gelang sama cincin.

HAHAAAAHA kali ni kami betul-betul tak tahan menahan ketawa. Kenapa tidak, ada ka budak Via ni pegi tunjuk cincin gula-gula sama gelang-gelang budak kecik tu sebagai bukti 'percintaan; mereka. Baru lah aku percaya budak-budak zaman sekarang ni dah 'canggih'..heheh

aku kata :korang ada idea tak mcm mana mengajar budak benda yang baru??

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...