Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Alkisah Kampung Pecah Kena Pukau

Thursday, June 9, 2011 8 ,000,000 terlepas cakap
Malam yang hening dan tenang itu tiba-tiba dipecahkan dengan suara garau memberikan salam dari seorang lelaki yang perasan hensem. Kedengaran juga beberapa suara yang menjadi suara latar kepada suara garau tadi. Mata ku yang dah keberatan hendak di buka tiba-tiba menjadi terang benderang. Kejutan yang diberikan oleh suara itu cukup untuk mengejutkan aku yang hampir-hampir melayari taman-taman mimpi indah di hadapan tv yang masih terpasang. Rancangan feberat aku Misteri Nusantara tadi masih belum habis. Aku berdiri dan menuju ke pintu untuk melihat manusia yang bertuah mengetuk pintu rumah aku tengah-tengah malam.

ngeeeeeeeeeeekkkkkkkk..pintu rumah warisan turun temurun itu berbunyi.

" Eh Tok penghulu! Apahal datang rumah aku malam-malam buta ni, ramai pula tu. Nak meminang aku ker?" Tok penghulu Haji Bobby terpacul di depan pintu sebaik saja pintu di buka. Beberapa orang juga kelihat seperti Ustaz samizul, Szan dan Cikgu Zuol.

" Kepala hotak kau nak masuk meminang. Kami datang ni nak minta ko tolong."

" Tolong apa tok?"

" Ya..kalau iya pun jemputlah kami naik dulu.." Szan tiba-tiba menyampuk. Memang budak ni nak kena kat aku. Mesti mulut dia yang sedikit becok ni minta Haji Bobby cadangkan nama aku untuk tolong.

" Bha..naik lah..Jemput duduk.." Mata aku melirik kepada Ustaz Samizul yang hanya diam seribu bahasa. Dengar-dengar dari cerita si szan Ustaz samizul masih lagi kecewa sebab tak dapat masuk Rancangan Imam Muda disebabkan tersesat masa audition hari tu. Punca dia ni lah budak Szan ni. Konfiden betul kunun-kunun dia tau tu tempat. Tak patut betul Szan ni bawa Ustaz Samizul tu pegi tempat audition Mari Menari. Haprak betol budak ni..

Mereka semua duduk di kerusi sofa yang aku baru beli dari kedai Perabot Kak Finie Ramos. Laku betol kedai tu lepas Eric Leong promot kedai dia dalam rancangan deco-deco haha. Rezeki engko lah kak.

" Beginalah vizard, kami ni datang sebab nak kau tolong dalam beberapa kejadian huru-hara dalam kampung kita ni. Ramai betul orang kampung mengadu dengan aku kehilangan sama kecurian barang-barang. Aku mau bermesra dengan bini-bini aku dah tak da masa sekarang ni. Ko tolong tengok-tengok kan Vizard boleh?"

" Ya vizard, dengarnya tu pencuri pakai pukau masa mencuri. Tu yang ramai tak perasan tu. " Ustaz Samizul bersuara setelah lama mendiamkan diri. Matanya terpaku pada rancangan Kapsul Imam Muda siaran ulangan. Alaaa masih kecewa lagi budak Ustaz ni. Tiba-tiba Szan merampas remote kontrol dari tangan Ustza dan mennukar channel kepada Rangcangan Akademik Fantasia Final. Katanya nak undi Fina. Kurang asam punya budak!!

" PUKAU? uish aku tau pakau jak tok. kalau pukau ni mana aku taw tok."

" alahai ko ni. Pura-pura buduh lagi bha.. Ko kan dukun. Ilmu-ilmu pukau ni hujung jari ko jak. Ala ko gabung dengan ustaz ni"

" Ala tok kalau nak minta tolong, minta lah dengan Yang Maha Kuasa tok. Aphal pula cari aku."

" Kami cari ni nak minta ko sama-sama usaha dengan orang kampung tangkap pencuri tu. Memang lah kita berharap pada Yang Maha Esa, tapi kita ni manusia kena juga usaha.." Ustaz samizul bersuara sambil merampas kembali remote kontrol dari tangan Szan dan mengembalikan channel tv ke Kapsul Imam Muda sebentar tadi. Muka szan trus menjadi merah. Lalu mengambil kotak Marlboro dari koceknya dan mengeluar sebatang rokok dihalakan ke bibir. Ktakan Tak Nak Merokok pada szan kalau korang terjumpa dia.

Aduh! terpana aku dengan kata-kata Imam Muda kampung pecah ni. Aku berfikir sejenak. Lalu bersuara.

" Baiklah tok, esok malam jumaat, eloklah kita lakukan OPS PUKAU esok malam. Macam mana?

Semua setuju dengan menganggukkan kepala. Szan pula baru saha menghabiskan biskut terakhir aku di atas piring. Kurang asam budak ni. Asal datang umah aku mesti menge pow jer keja dia.

***********************************************************************************

Ustaz samizul bersama orang-orang kampung berada di masjid membacakan surah Yassin beramai-ramai. Aku pula bersama szan, zizie, aris dan izwan pula siap-siap untuk 'memagar' kampung pecah di setiap penjuru kampung. Malam itu semua penduduk kampung pecah bergotong royong untuk menangkap pencuri keparat yang menggunakan ilmu pukau itu. Aku sememangnya tidak tahu akan hal itu kerana aku baru saja pulang dari Afghanistan kerana Kumpulan Al-Qaeda meminta tolong kat aku untuk mencari mayat bin Laden di laut yang dicampakkan oleh tentera bangang US tu. Jadi hal-hal kampung tu aku tak tau lah. ^^

Setelah siap memagar kami kembali ke masjid untuk menyertai team masjid pula. Ustaz samizul dan orang kampung tidak putus-putus membaca surah Yassin. Kelihatan Makcik tim-tim, Hajah Khuja, makcik ain dan tidak lupa mulut laser kak nieja maksit di bahagian dapur masjid menyediakan hidangan minuman untuk jemaah. Kami pulang dan terus ke dapur, sebab bengong sedikit mengikut jejak szan yang tanpa banyak bicara ke dapur surau untuk makan. Perut stokin budak ni. sigh*

Tapi, belum pun sempat aku duduk tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang tidak baik. Kedengaran juga Ustaz samizul keluar dari masjid menuju ke arah aku bersama Haji Bobby dan beberapa orang jemaah.

" Vizard, ko rasa kan? "

" Ya..aku rasa.. Nampak gaya perangkap dah mengena. JOM!!"

Tanpa berlengah lagi, kami menuju ke kereta masing-masing. Manakala aku pula, menuju ke arah burung kasawari aku. Bila aku menoleh kebelang ada zizie tersenyum manis. Nak tumpang la tu.

Sampai sahaja di salah satu "pagar" yang di pasang tadi iaitu di bahagian barat daya kampung pecah. kira-kira 4 batu nautika dari Rumah Haji Bobby. Kami dapat melihat satu lembaga yang sedang berusaha untuk bergerak. Sememangnya aku telah memasang pagar yang akan menjadikan orang melintasi pagar tersebut akan menjadi kaku. Pagar tersebut pula menjadi kuat dan kukuh dengan bantuan daripada kuasa bacaan Yassin dari surau tadi. Sesiapa saja yang berniat jahat kompom akan terperangkap.

Akhirnya, Pencuri itu telah berjaya ditangkap dan dibawa kebalai polis pada malam itu juga. Tak sangka betul, pencuri itu seorang mengamalkan ilmu hitam yang dipelajari dari sumatera barat. Setelah diserahkan kepada pihak berkuasa, maka keamanan kampung pecah yang disayangi telah kembali pulih. Alhamdulillah..

2 hari selepas itu, kampung pecah di hebohkan lagi dengan satu berita yang mengejutkan. Szan di dapati kaku di jalan masuk ke kampung tersebut berdekatan rumah janda bergetah dan kaya Cik Miera Ezzati dan anaknya Zurina. Alamak baru aku ingat, aku terlupa untuk pulihkan jampi kat tempat tu. Tapi yang menjadi persoalannya apa szan buat di sana? Aku tau la dia berkenan kat anak janda muda tu..hurmm...

Akukata : Janganlah mengamalkan ilmu yang bukan-bukan untuk keja yang bukan-bukan..

8 comments

June 10, 2011 at 12:45 AM

pehhh!! apa pasal macam Szan tu yg jadi mangsa?? patut dia jadi hero..kah kah kah..

June 10, 2011 at 12:46 AM

@PK ahaha aku sengaja letak ko dapat watak tu...apa pun aku tunggu sambungan dari PK pula hehe

June 10, 2011 at 12:55 AM

pergghhh.. haha watak sampingan..

June 10, 2011 at 7:56 AM

@Zulkifly Omar ala zuol..pasne ko ada la tu dalam tiap2 watak tu hahah

June 10, 2011 at 8:18 AM

buruk btul watak ku sni..nda payah sbut pn ndak pa..cuba dlu knuk ko kasi watak nieja maksit tu laser c szan skit..kekekeke

June 10, 2011 at 9:23 AM

@~NieZa~ InsyaAllah ada masa aku akan cuba untuk buat entry versi kampung pecah untuk sorang-sorang wasaber yang aku kenal..^^ tunggu ar..

June 10, 2011 at 1:05 PM

hehe.. oklah tu.. good buat byk2 crt lagi...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...