Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Isu KL Gengster : PEKIDA VS SKOP

Monday, June 13, 2011 5 ,000,000 terlepas cakap
Korang tau kan apa tu filem KL gangster? tapi mungkin ada yng nda taw isu disebalik filem tersebut..so mari kita soroti Isu KL gengster tersebut berdasarkan keratan akhbar ni..JOM!!



‘Mohon maaf atau hadapi saman’

PUTRAJAYA: “Kami nak (Datuk) Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh memohon maaf secara terbuka, dalam tempoh tujuh hari, mereka kena ‘gentlemen’...kalau dah buat silap, mengaku dan minta maaf, jadi perkara ini tidak akan berpanjangan,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman.

Pekida mendesak permohonan maaf daripada penerbit filem KL Gangster dan Kongsi itu kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan utama yang menjadi gelaran sinonim pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, sekali gus seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster.

Roslan berkata, dia juga meminta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perselisihan faham, kerana mendakwa LPFM turut bertanggungjawab meluluskan penyiaran filem berkenaan tanpa membuat kajian lebih mendalam.

“Kami tunggu dalam tempoh itu. Kalau mereka enggan memohon maaf secara terbuka...kami mengambil tindakan lain termasuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kalau mereka masih enggan, jalan terakhir adalah menyaman mereka berdua. Jadi, kami meminta mereka menggunakan tempoh ini sebaik mungkin... kami hanya nak mereka memohon maaf, dan kami akan melupakan perkara ini,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog dengan Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie, semalam.

Roslan mendakwa filem yang diterbitkan Skop Productions dan Metrowealth Movies Production itu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli kerana banyak babak menggunakan perkataan berkenaan seolah-olah merujuk kepada pertubuhan.


‘Saya tak faham tuduhan Pekida’

KUALA LUMPUR: Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kononnya filem itu membuka kod rahsia pertubuhan berkenaan dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.

Syamsul, 27, berkata dakwaan ahli Pekida itu mungkin berpunca daripada salah faham selepas filem arahannya itu mula ditayangkan di pawagam, kelmarin.

“Saya sendiri tidak faham apa kod rahsia yang dimaksudkan mereka, kemungkinan mereka tidak berpuas hati kerana penggunaan perkataan ‘abang long’ dan ‘ayahanda’ dalam babak filem itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, filem itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak, malah penggambarannya mendapat kebenaran daripada polis dan pelepasan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

“Sebelum membuat filem, penolong pengarah produksi, Rizal Ashraf terlebih dulu melakukan kajian dan menemubual bekas gengster.

“Tetapi isu seperti itu tidak sepatutnya timbul dan saya mengharapkan ahli Pekida tidak sewenang-sewenangnya menuding jari kepada Skop Production kononnya menjatuhkan bangsa sendiri,” katanya.

Dia berkata, filem itu hanya rekaan semata-mata dan bersifat hiburan, malah ia tiada kaitan langsung dengan gengsterisme di negara ini. “Tujuan penghasilan filem ini adalah menyampaikan mesej bersifat kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan dengan harapan ibu bapa mengambil berat terhadap anak yang sedang meningkat dewasa,” katanya.

Di sebalik kontroversi itu, Syamsul tetap melahirkan rasa syukur kerana kutipan hari pertama tayangan filem itu mencatat RM1.5 juta.

Selain KL Gangster, Pekida juga berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi kerana mendakwa mereka mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan.

Sementara itu, pengarah Kongsi, Farid Kamil Zahari, 30, turut memberi pandangan sama iaitu filem berkenaan yang ditayangkan di saluran Astro First hanya hiburan semata-mata tanpa ada kena mengena dengan mana-mana individu atau pertubuhan.

“Bagi saya penggunaan ‘abang long’ atau ‘ayahanda’ sinonim dengan masyarakat Melayu, saya juga memanggil mak cik dan pak cik saya dengan gelaran ‘mak long’ dan ‘pak long’.

“Tidak ada sebarang kod rahsia yang menyentuh sesiapa. Sebaik menerima skrip filem itu sebelum ini, saya dapati ia karya yang menarik dan menghiburkan,” katanya.



Yang ini pula pendapat Awie. Korang pun taw kan awie ni dulu pun ada isu dengan Pertubuhan PEKIDA ni. Setahu aku dia pun salah bekas seorang ahli suatu masa dulu..


Pesanan Awie

KUALA LUMPUR: “Saya mahu berpesan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), jangan terlalu menggunakan publisiti untuk mengecap glamor. Malah, hentikanlah isu hentam-menghentam ini.

“Jika ada masalah berlarutan, kedua-dua pihak harus duduk berbincang di meja rundingan dan bukan tuduh menuduh bagi meraih publisiti,” kata penyanyi dan pelakon, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 43.

Awie yang dihubungi Metro Ahad bagi mengulas isu saman yang ingin dikeluarkan Pekida terhadap Datuk Yusof Haslam dan David Teoh kerana mendakwa filem Kongsi dan KL Gangster mendedahkan kod rahsia pertubuhan itu, tidak bersetuju dengan tindakan pertubuhan terbabit.

Penyanyi rock yang pernah terbabit dengan pertubuhan berkenaan menasihatkan kedua- dua pihak mendapat persetujuan secara bertentang muka dan bukan dengan provokasi antara satu sama lain.

“Saya ingin menasihati Syamsul (pengarah filem KL Gangster) jika benar dia melakukan kesalahan, mohon maaf kepada mereka. Lagipun, manusia tidak pernah lekang daripada melakukan kesilapan,” katanya.

“Ia tidak menjadi isu jika kita yang meminta maaf terlebih dulu. Walaupun kita tidak buat salah, namun perkataan maaf itu dapat menutup segala prejudis dan mengembalikan silaturahim.

“Kepada Pekida pula, tidak perlulah melenting. Lagipun, perkataan Abang Long, Ayahanda, Kak Long dan sebagainya adalah ungkapan biasa. Dalam kehidupan kita sehari-harian juga perkataan itu sering disebut.

“Ia adalah bahasa Melayu dan kita sebagai orang Melayu tidak terlepas dengan semua perkataan dan panggilan itu. Jadi, rasanya ia bukan satu isu besar dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” katanya.''


Yang ni pula pendapat bapa kepada pengarah tu. Naaa kalau dah bapa yang buka mulut, tak tau lah kan apa yang jadi..JOM ambik tau...

‘Tak perlu ugut’-Datuk Yusuf Haslam

KUALA LUMPUR: “Kenapa saya perlu minta maaf sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung tuntutan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang memberi masa tujuh hari kepadanya untuk memohon maaf selepas mendakwa filem KL Gangster seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan samseng.

Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd itu berkata, sebagai orang lama dalam dunia perfileman, beliau tahu apa yang boleh dan tidak dalam sesebuah filem, malah KL Gangster sudah dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ditayangkan di pawagam.

“Saya berusia 57 tahun dan sangat lama dalam bidang ini. Sudah puluhan drama dan filem berbentuk kepolisan serta jenayah kami terbitkan, kami sentiasa berhati-hati memantau semua sudut produksi supaya tidak menyentuh sensitiviti atau menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tidak tahu apa motif mereka (Pekida) sehingga boleh memberi tempoh kepada saya memohon maaf. Bagaimana kita mahu memartabatkan industri perfileman kalau perkara begini berlaku,” katanya.

Jumaat lalu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman mendesak penerbit filem KL Gangster dan Kongsi memohon maaf kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan sinonim dengan pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, seolah-olah mengaitkan Pekida sebagai kumpulan gengster

akukata : Apa lagi..JOM kita pecah punggung kat panggung..JOM!!!

5 comments

June 13, 2011 at 9:21 PM

Alaa pekida ni org lama suda tau la.

byk lg perkara lain di realiti yg digunakan dlm movie, hiburan

June 13, 2011 at 10:19 PM

Kalau betul pihak Skop Production tu tiada niat, kira pihak Pekida ni jadi cepat yang terasa lah.. Seolah2 panggilan tu eksklusif milik diorang.. Ada tanda hakcipta / tanda dagangan kot.. Hahaha

June 14, 2011 at 11:02 AM

biasalah..kalau dulu pekida ni masih boleh dikatakan berlandaskan moto dorang, amal maaruf nahi munkar, tapi skg ni..^^

kongsi gelap cina tak pula bising ahahah padahal dorang punya secret code lagi byk kena pakai ahahah

Anonymous
June 14, 2011 at 11:43 AM

ini lah masalah org melayu. mereka (pekida) ada agenda dan perjuangan tersendiri.Berdiam dan biarkan lah. semua ini untuk siapa? bangsa melayu jugakkan?. Apa sahaja yg org melayu buat, ada sahaja yg tak kena. sampai bile harus begini? kemana haluan kita kalau kite sendiri tak support bangsa sendiri. Patriotik sikit la beb. Yg korang nampak buruk ttg pekida nih adalah budak2 yg baru nak up dah terselah kepoyoaan nye..

June 14, 2011 at 11:46 AM

@Anonymous Nice view..yer pekida ada matlamat dia tersendiri..tak der sapa yang kacau pun..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...