Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Alkisah Kampung Pecah : Nieja berbual dengan siapa?

Thursday, June 16, 2011 3 ,000,000 terlepas cakap
“Eh betul ker aku dengar asrama yang kita tinggal tu berhantu?”

Tiba-tiba sahaja zurina memecahkan suasana dengan menanyakan soalan cepu emas kepada rakan-rakannya nieja maksit dan Farah ain di malam jumaat itu. Soalan itu amat mengejutkan rakan-rakannya. Berkerut dahi dan tak jadi melepaskan gas dari perut Farah ain mendengarkan soalan itu. Nieja maksit pula hampir terputus salur vena kavanya apabila zurina membuka cerita pada malam jumaat itu dengan cerita yang amat-amat menakutkannya. Dah lah dia ni jenis yang takut-takut berani.

“ Ala Zu..bukan seram pun cerita tu. Memanglah aku ada dengan cerita pasal hantu asrama tu. Tapi tak der la sampai menakutkan aku. Alaa tahap-tahap cerita hantu kak limah balik rumah jer pun. Bukan seram..” suara finie ramos tiba-tiba kedengaran memecahkan suasana dari arah pintu masuk dewan.

Finie Ramos memang terkenal dengan keberaniannya. Jangan kan hantu, lelaki yang pernah melakukan cubaan merogolnya pun terpaksa di tahan di ICU hampir sebulan dek kerana terkena pukulan halilintar warisan keturunannya. Kesannya lelaki itu mandul buat selama-lamanya.

“ Jangan takutlah dengan hantu-hantu ni semua. Kalau korang layan sangat hantu-hantu ni, memang la dorang boleh naik kepala. Makin senanglah korang kena ganggu tau..”
Finie menokok apa yang dikatakannya bagi meredakan suasana seram ketika itu.

“ dah lah jangan sembang hal ni lagi. Jom lah berlatih nanti kang kita pula tak dapat nak habiskan latihan sebab cerita benda-benda yang bukan-bukan ni. Farah ain ingin menutup cerita tersebut dengan muka yang sedikit pucat. Nieja Maksit pula masih dalam keadaan ketakutan dan ketika itu dia mengharapkan Szan kekasih hatinya berada disisinya untuk menemaninya ^.^, zurina pula tak habis-habis berpeluh tanda ketakutan.

Mereka meneruskan latihan tarian pada malam itu bagi menghadapi pertandingan tarian tradisi antara kampung. Mereka berempat merupakan wakil kampung pecah bagi mempertahankan kejuaraan yang telah dimiliki sejak 5 tahun berturut-turut. Antara mereka Nieja la yang paling teror menari, dia dan buah hatinya Szan hampir-hampir layak ke pusingan akhir Mari Menari, namun sekali lagi szan tersesat ke tempat yang telah dikehendaki untuk mendaftar>,<. Cikgu Zuol yang menjadi pengurus mereka tidak datang pada malam itu kerana ada urusan berkenaan dengan pertandingan. Haji Bobby yang janji akan turut serta melihat persiapan latihan mereka juga tidak menunjukkan lubang hidung. Mungkin kerana tidak dapat melepaskan isteri-isterinya di rumah.

Selesai latihan mereka bergegas ke Asrama yang disediakan oleh penganjur. Penganjur pada kali ini adalah kampung retak seribu menyediakan tempat tinggal untuk mereka iaitu asrama yang telah lama di tinggalkan. Nampak sangat kampung retak seribu bersikap bias kepada juara bertahan. Namun sebagai juara pihak kampung pecah tidak menyimpan sebarang tanda tidak puas hati atau protes. Mereka bergegas mandi untuk meyiapkan diri tidur awal kerana mereka perlu bertolak awal pada esoknya ke Venue pertandingan.

Bilik air di asrama itu terbahagi kepada dua bahagian, atas dan bawa. Zurina dan Farah ain telah awal-awal lagi mem ‘book’ bilik air di bahagian bawah. Manakala Nieja Maksit dan Finie ramos mau atau tidak terpaksa ke bahagian atas untuk mandi. Bilik mandi di bahagian atas hanya ada dua buah bilik air sahaja. Mereka berdua masing-masing masuk ke bilik air tersebut.

Setelah mandi cukup-cukup makan, ala kadar la katakana, nieja maksit baru teringat yang dia telah terlupa bahwa dia telah terlupa untuk membawa tuala yang dia tinggalkan di pantry luar bilik air tadi. Dari dalam dia mendengar suara finie ramos bernanynyi-nyanyi lagu-lagu lama.

“ Finie….boleh tolong tak bawakan tuala aku tu? “ pinta nieja

Tetapi tiada reaksi dari pada luar. Respon sikit pun tiada. Mungkin Finie tidak dengan suara dia, getus hati nieja. Maka dia pun menguatkan suaranya meminta pertolongan daripada finie.

“ Finieeeeee tolong bawa kan tuala aku kat pantry tu…” pinta nieja sekali lagi.

Kali ini kedengaran suara tapak kaki daripada luar dan kemudian, pintu bilik mandi nieja di ketuk sedikit dan nieja membuaka sedikit daun pintu tersebut. Kemudian tangan finie terjulur masuk memberikan tuala kepada nieja.

“ Terima kasih boss..^^..” ucap nieja menyambut tualanya.

“ sama-sama….ehehehehehehehe!!”

Terkejut nieja maksit apabila mendengar suara finie ramos ketawa berdekah-dekah.
“ kau ni kenapa finie, sakit ka apa? Tiba-tiba gelak. Buang tabiat ka apa..”
Namun tiada finie tidak menyahut. Nieja keluar dari bilik mandinya setelah mengelap badannya yang basah itu. Setelah itu, dia terus ke pantry untuk bercermin. Kemudian dia terdengar bunyi orang mandi dari bilik mandi Finie. “ EH takkan dia baru mau mandi….?

“ Finie..cepatlah nanti kita kena marah tidur lambat..sudah lewat ni. Cepat sikit.” Tiada respon.

Setalah itu dia mendengar bunyi pili air ditutup. Belumpun di buka pintu bilik mandi finie tadi, nieja sudah keluar dari tempat mandi itu menuju ke tangga untuk turun. Sampai sahaja di tangga pertama dia bertembung dengan finie ramos yang baru saja naik ke atas.

“ Eh finie..bila masa pula kau ada di sini. Bukan kau mandi ka tadi?” soal Nieja..

“ wei ging..lama sudah aku mandi taw.. dari tadi lagi aku habis mandi. Aku naik ni pun sebab mau panggil ko turun. Lama betul ko turun…”

Mendengar jawapan dari finie itu dia mula menggelabah tak tentu pasal. Bermacam-macam yang bermain di fikirannya. Siapa yang mandi tadi? Siapa yang menghulurkan tuala dengan dia?

“ Haaaa entah-entah ada hantu kot…ahahaha” Finie cuba menakut-nakutkan nieja yang telah bergegar lutut pada ketika itu.

“ Jangan kau macam tu..aku takut betul sudah ni..”

“ HIhihihih..” Finie ketawa mengilai-ngilai melihatkan telatah rakannya itu.

“ Bodoh!!!! Jangan ketawa macam tu la…aku takut sudah ni..” Nieja memarahi finie yang terus menerus menyakat dirinya. Dia semakin takut. Sambil menutup muka dengan tangan nieja mula mengalirkan air mata.

“ Nieja..kenapa ko menjerit ni..eh ko nangis kenapa ni..” tiba-tiba suara zurina kedengaran. Nieja melepaskan tangannya dan kemudian dia melihat finie ramos, zurina dan farah ain di sisinya.

Nieja mula menceritakan peristiwa yang dia alami sebentar tadi. Dia benar-benar lega dengan kehadiran rakannya itu di sisinya.

“ Tapi nieja..aku mana ada mandi tadi..lepas ktia sama-sama masuk tadi ke bilik mandi aku terus keluar sebab paip di atas tu rosak. Aku terus turun ke bawah. Jadi aku mandi dibawah jak tadi. “

“ Hah biar betul kau finie? Aku memang Nampak kau tadi, kau hulur tuala sama aku, aku jumpa lagi kau di tangga. Habis siapa dari tadi bersama aku tu? Nieja mula bergetar sekali lagi mendengarkan kenyataan daripada Finie sebentar tadi.
“ Betul Nieja, kami saksinya..Finie bersama kami dari tadi lagi tunggu kau di bawah. Bila dengar suara kau menjerit dari atas kami terus naik..” Zurina menambah alibi finie bagi meyakinkan nieja.

Rasanya memang betullah bukan finie tadi yang menghulurkan tuala kepadanya. Bukan juga finie yang yang mandi di dalam bilik mandi tadi. Dan bukan juga finie yang bersembang dengan dia di tangga tadi. Tapi yang tidak mampu nieja maksit lupakan adalah ketawa ‘finie’ yang berdekah-dekah masa mereka berbual-bual tadi. Nieja merasakan tubuhnya seram sejuk ketakutan. Smeangat nieja semakin lemah.
“ Niejaaaa…kau dah Nampak ‘benda’ tu ker? Soal Farah ain..

Nieja tidak mampu lagi menjawab pertanyaan rakannya itu. Penglihatannya semakin kabur. Dia pitam ketakutan. Ayat terakhir yang dengar ialah daripada mulut Zurina.
“ Cepat call haji bobby, jangan lupa call sekali ustaz samizul dan dukun vizard. Paling penting call sekali family nieja dan szan jg….”

Kemudian, Nieja tidak ingat apa-apa lagi melainkan telinga terngiang-ngiang mendengar ketawa berdekah-dekah suara ‘finie’ yang dia temui tadi.


3 comments

June 16, 2011 at 10:45 AM

hahahahahahaa...seram ker...seram ker...seram kerr...knapa watak aku pngsan bgitu! i nak watak gagah brani..kahkahkah...kasi dlu kunuk aku krasukan..cm siuk kekeke :p

June 16, 2011 at 10:47 AM

@~NieZa~ ahaha..aku buat ala kadar jak tu ahaha..teda idea bha..

June 16, 2011 at 2:02 PM

hahaha best!!.. weii aku mau crt aku juga.. haha request juga ne.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...