Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

RM 175.1 juta untuk pampasan gangguan seksual

Monday, June 13, 2011 5 ,000,000 terlepas cakap
Korang penah kena dengan penderaan seks tak? Kalau rasa-rasa kena gangguan seks ker, korang jangan tunggu lagi terus jak repot polis, upah peguan then dapat la korang duit tu disamping dapat menegakkan keadilan untuk diri korang. Macam kisah ni..JOM!! baca...



ST. LOUIS, Missouri - Seorang pekerja stor sebuah pasar raya di Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan £58 juta (RM175.1 juta) selepas ketuanya memukul kepala pekerja wanita tersebut dengan menggunakan kemaluannya di dalam bilik stor, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya.

Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar pernah diberikan kepada individu di AS," kata peguam wanita berkenaan, David Ratner.

Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor.

Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut pada Oktober 2006.

Dia turut dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan kemaluannya pada September 2006.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan pasar raya berkenaan pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil.

Mangsa kemudian membuat aduan kepada polis.

Pasar raya berkenaan yang dilaporkan bernilai £600 juta (RM1.8 bilion) dilapor akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.

akukata : aku selalu kena gangguan seksual oleh kucing-kucing yang menggoda aku untuk diberikan makanan..ahahahaha

5 comments

June 13, 2011 at 5:43 PM

OMG!!cemana dia pukul tu?smpat ba tu dia lari sblm smpat d kasi kluar 'itu'...haihh..ada2 jak ba..

June 13, 2011 at 6:04 PM

@Finie Ramos Ntah la finie..dgn kemahuan sendiri jg kali ahaha

Anonymous
June 14, 2011 at 12:42 AM

ok saman kucing-kucing tu sepluh sen seekor. *tub* keputusan hakim muktamad.

June 14, 2011 at 8:47 AM

Tak patut..tak patut..HAHAHAHAHAHA...

June 14, 2011 at 11:05 AM

ahahah..marionate..kucing tu boleh di saman ka?? nnt dia byr aku pakai tulang ikan jak kali..ahahha

finie..ahahah sapa tau kejadian sebenar adalah sebegitu..ahahah

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...