Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

"PLANKING"

Friday, June 10, 2011 5 ,000,000 terlepas cakap
Hallo allz..

Apa khabar kamu ni. Bagus ka juga? kalau bagus, ok lah.. Tapi kalau tak bagus, cepat-cepatlah jumpa bomoh, mungkin ada masalah kena santau tu. OK malas mau cerita banyak-banyak, aku mau bawa satu aktiviti ni sama kamu semua. Nama dia Planking. Naaa apa itu planking? mesti ada yang tak tau, ada juga tau, ada juga yang buat-buat nda tau..apa pun mari kita sama-sama ambik tau..JOM!!

The Lying Down Games begitu lah nama lain benda ni. Ianya mula mendapat perhatian ramai dan mula mendapat sambutan pada tahun 2009 terutama di internet apabila ramai yang menguploadkan gambar-gambar mereka di internet. Dan pada akhir-akhir ini, ia kembali mendapat sambutan hot dari orang ramai terutamanya di negara switzerland dan australia di bawah nama PLANKING.

Mungkin ramai yang berfikir bahawa game ni hanya untuk orang bodoh dan tak tau malu jer namun ia masih mempunyai peraturan yang perlu diikuti oleh mereka yang suka kan game-game yang mencabar maruah dan kewibawaan diri. Peraturan mudah, korang kena ambik gambar korang masa korang facing down di tengah-tengah kawasan orang ramai dan gaya korang tu mestilah mampu untuk membuatkan orang ramai berkata korang ni GILA hahaha.

Kontroversi mula timbul apabila ada kes yang membabitkan staf hospital di UK digantung kerana mengepostkan gambar plankingnya ke pesbuk, dan yang paling bangang adalah kes awal tahun ini yang mana seorang rakyat australia telah mati kerana cubaan untuk melakukan planking di balkoni rumah. Hambik ko.. baru ko taw..

nah korang layan la gambar-gambar planking ni ar..^_^





















Hahahaha..ok korang layang pula gambar dua orang awek di Taiwan ni yang telah mendapat perhatian dan pujian ramai kerana planking dia..hehe jom-jom-jom











Ok seorang nama dia Jarren (25 tahun) dan seorang lagi nama dia Karen (28 tahun). Korang jangan mengada-ngada mau minta nombor tepon dorang dari aku. Aku tak kan bagi hahaha padan muka korang..

akukata: ada sesiapa yang berani nak buat macam ni?


5 comments

June 10, 2011 at 9:28 AM

Wwooww!!mari kita wat BOTM cmni!! ^_^

June 10, 2011 at 9:32 AM

@Finie Ramos huik...klu ada la kan..mmg aku join..aku buat atas bangunan Yayasan Sabah tuu

June 10, 2011 at 12:25 PM

Ada juga pula fenomena gini, ehe.. Aweks baring dekat tangga n atas tong sampah tu barulahh.. Ntah simbol mo protes apa ni, hahaha

June 10, 2011 at 1:03 PM

teda point ne wat mcm ne.. hahaha

June 10, 2011 at 2:36 PM

Seen this somewhere before. Mcm stupid tp rare laaa. kreatif. ada2 jak org skrg kann

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...