Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Super GILA..!!Gadis ni buat aktiviti amal dengan 'Free Hugs'

Friday, December 30, 2011 1 ,000,000 terlepas cakap
Gadis ini di dalam facebook meletakkan namanya sebagai ASA (nama terpaksa dirahsiakan). Apa yang membuatkan beliau menjadi bahan bualan orang ramai adalah kerana satu aktiviti yang dijalankan olehnya pada pagi Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.

Beliau bersama beberapa orang dari sebuah persatuan yang bergelar ‘CouchSurfing’ telah berdiri di tepi-tepi jalan di sekitar Bukit Bintang sambil memegang sepanduk yang bertulis ‘FREE HUG’. Apabila diteliti, rupanya mereka ini menjalankan aktiviti yang kononnya berpaksikan ‘peace’ and ‘love’ ataupun keamanan dan kasih sayang. Sesiapa sahaja baik lelaki, perempuan, tua muda yang suka dan menyokong mereka boleh datang dan memeluk mereka secara percuma di situ.


Apa yang mendukacitakan adalah, gadis ini sebenarnya beragama Islam. Nama sebenarnya ialah Noor Sya (nama dirahsiakan). Walaupun aktiviti ini berpaksikan keamanan dan kasih sayang, ianya jelas tidak bersesuaian dengan adab dan budaya masyarakat Islam negara kita, apatah lagi dilakukan oleh seorang Islam di pagi hari raya korban.


Jelasnya si gadis ini ‘mengorbankan dirinya’ di pagi hari raya korban itu. Walaupun dia tidak berpakaian seperti seorang islam pada ketika aktiviti ini dijalankan, tetapi semua gambar-gambar tersebut telah dimuatkan ke dalam facebooknya untuk tatapan maya. Orang yang bukan Islam boleh melihat dengan jelas dan mengetahui bahawa beliau adalah seorang islam dari religous views, post dan gambar-gambarnya yang lain. Ini amat memalukan orang Islam di negara ini. Kegiatan mereka harus dibendung dengan segera.

Kesimpulannya, bukalah minda kita untuk melihat kepincangan akidah yang telah berleluasa di negara kita ini sekarang. Bukannya bersikap terlalu ’open minded’ sehingga jiwa kita boleh dijajah sampai terkorban seperti gadis ini. Apa tindakan anda?


akukata : buat malu keluarga je

sumber disini

1 comment

January 2, 2012 at 12:36 PM

ada ke patut... mana pergi maruah org mcm ni ye? senang2 saja gadaikan di jalanan. dgn siapa2 saja. dahsyat. tq 4 sharing.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...