Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Oh Dunia..!! Dua beradik, dikurung dalam tandas di dua tempat dan situasi yang berbeza

Friday, December 30, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
Yo..tadi aku baca paper online, terkejot berok aku bila terbaca dua berita yang lebih kurang jew, tapi situasi yang berbeza dan tempat pun berbeza. Apa berita tu, JOM!!

Berita Satu!!!

Dua beradik dikurung dalam tandas

KUALA LUMPUR - Dua beradik perempuan dikurung dalam tandas selepas rumah mereka dimasuki penyamun di Taman Wilayah, Jinjang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata tiga lelaki dipercayai memecah masuk rumah teres dua tingkat itu melalui tingkap di ruang tamu pada jam 4.30 pagi tadi.

"Tiga lelaki terbabit mematahkan jeriji tingkap dan memasuki salah sebuah bilik di rumah mangsa. Seorang daripada tiga suspek mengacukan pisau ke arah dua beradik itu sebelum mengurung mereka di dalam tandas," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa menyedari kejadian itu selepas bangun untuk solat Subuh dan mendapati anaknya yang berusia 18 dan 28 tahun tidak ada dalam bilik sebelum menemui mereka terkurung dalam tandas.

Bagaimanapun, dua beradik itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zakaria berkata, suspek menggeledah rumah itu sebelum melarikan empat telefon bimbit, sebuah komputer riba, sejumlah wang tunai serta sebuah kereta jenis Proton Inspira.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/7 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan.

Berita dua!!!

Lelaki kurung, ikat anak dalam bilik air ditahan

BUTTERWORTH — Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera dua orang anaknya dengan mengikat kaki mereka dan mengurung kedua-duanya dalam bilik air di rumah mereka di Jalan Raja Uda di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias berkata, lelaki berusia 40-an itu telah mengikat kaki anak perempuannya berusia enam tahun dan anak lelaki berusia dua tahun itu dengan rantai besi sebelum keluar bekerja pada 3 petang semalam.

Dua beradik itu dipercayai berlapar lebih lima jam selepas bapa mereka keluar rumah di Taman Mawar di Raja Uda di sini.

Lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penghantaran di sini, telah berpisah dengan isterinya seorang warga Thailand sejak sebulan lepas.

Zulkifli berkata, kedua-dua beradik itu ditemui dalam keadaan sangat letih kerana kelaparan dan mereka hanya memakai baju dan seluar dalam dengan kaki berantai besi.

"Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu bertindak demikian kerana tidak mempunyai penjaga dan anaknya pula dikatakan nakal,” katanya.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

aku kata : kesian kat dua pasang adik beradik tu..kedua-dua menjadi mangsa..apa pendapat korang?

punca : SH

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...