Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Oh..Tahniah!! Empayar Maharaja Lawak Mega akhirnya menjadi milik OSBON

Saturday, December 31, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
Tahniah kepada OSBON kerana telah membuktikan bahawa pelawak lama atau veteren sebenanrnya masih berbisa dan menyengat. Terharu betul aku tadi sebab mereka menang walaupun pada awal-awal rancangan Maharaja Lawak Mega ini tidak berpihak kepada OSBON. Berbanding dengan Boboi sebagai saingan terdekat di Final tadi, Boboi dilihat sebagai satu kumpulan yang lebih konsisten setiap minggu dengan mengekalkan dua adik beradik yang tidak sama ibu. Wahh walaupun bukan rezeki Boboi tapi mereka tetap hebat. Dengar-dengar Afdlin akan membuat satu filem yang bertajuk 'Boboi BFF (Best Friend Forever), antara pelakonnya mungkin adalah Dato' Ac Mizal sendiri. Sama-sama kita tunggu.

Kembali kepada topik.

Inilah keputusan penuh Maharaja Lawak Mega Sebentar tadi.

Juara = Osbon !! Juara Maharajalawak Mega akan membawa pulang wang tunai Wang Tunai RM 350,000 & Trofi Sumbangan Astro.


Naib = Kumpulan Boboi akan membawa pulang wang tunai RM 250,000 & Trofi Sumbangan Astro Tahniah juga untuk Boboi..


ke-3 = Saehu yang akan membawa Wang Tunai RM 150,000 & Trofi Sumbangan Astro


ke-4 = Syok Maharajalawak Mega yang menerima Wang Tunai RM 50,000 & Trofi Sumbangan Astro


Ini pula adalah Biodata Pemenang kita.



Info kumpulan Osbon (Os) Juara Maharajalawak Mega 2011

Nama : Os
Nama Sebenar : Mohd Yusof Bin Abdul Hamid
Asal : Perak
Umur :50 tahun
Pencapaian : Pingat Pekerti Terpilih (PPT) oleh DYMM Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzwan, FFM – Pelakon Komedi Terbaik (Ghazal Untuk Rabiah)
Kerjaya : Pelakon & Penghibur

Info kumpulan Osbon (Abon) Juara Maharajalawak Mega 2011

Nama :Abon
Nama Sebenar : Sharizan Bin Ahmad
Asal : Melaka
Umur : 51 tahun
Pencapaian : Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) daripada Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2006
Kerjaya : Pelakon & Penghibur

Apapun, berdasarkan persembahan sebentar tadi OSBON dan BOBOI memang layak digelar juara dan naib juara berdasarkan persembahan mereka tadi. Berbanding dengan kumpulan Syok, yang sememangnya membuat persembahan syok sendiri. Terima kasih kepada Chef Wan kerana mewakili suara aku untuk komen dorang. Saehu pula memang seronok. Namun apa yang menjadikan Stadium Melawati Shah Alam gamat ialah, persembahan jemputan daripada naib juara Maharaja Lawak JOZAN. Persembahan mereka amat-amat kelakar dan menghiburkan. Bagi aku, inilah salah satu cara yang dapat menyatukan 3 serangkai negara di rantau ini yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraan.

Tahniah kepada pemenang, Tahniah juga kepada Astro,

Akukata : Lepas Raja Lawak 6 pula menyusul, tak sabar tengok JOZAN menjadi mengacara.


Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...