Sudah memang tebiat aku pagi-pagi dah baca berita. Terbaca pula dengan berita ni, nampak menarik, so JOM!! Hayati bersama..
Kosmo-PASADENA, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.
Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula."
Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.
Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.
Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.
Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.
Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. - Agensi
Akukata : Aku teringat pepatah bijak pandai cakap, Didiklah anakmu 20 tahun sebelum kelahirannya..Pepatah orang-orang UMNO cakap Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..Tahniah buat dia ni, walaupun dia tak baca blog aku.

Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...