Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Jepun Cipta Kapal Angkasa Dragon Ball untuk Tsunami

Thursday, October 6, 2011 1 ,000,000 terlepas cakap
Halluuuuu..anybody in da hausssss???

Ok Negara jepun tu adalah negara yang ke-6 aku nak pegi dalam list negara impian wajib aku lawati kalau aku menang jackpot dalam loteri haram jadah ptuih!!! Lupakan pasal kes aku nak melancong, fokus pada negara jepun tu. Ingat kan 11 Mac lalu? Ya tsunami besar melanda Jepang. Kali ni dorang dah ada solusi, yup negara ni betul2 maju dan laju ke depan. Belajar dari kesilapan. Kali ni mereka tak da lah nak cikpat alat mengelak dari tsunami berlaku. Itu keja Yang Maha Esa, korang jangan nak ambik taw. Negara tu sudah kam aut dengan ciptaan terbaru yang diberi nama sebagai Japan Cosmo Power. Hapa ke benda ni? JOM!!!!


TOKYO: Sebuah syarikat kecil Jepun mencipta kapsul terapung seperti bola tenis besar yang juga versi Bahtera Noh moden dan boleh digunakan jika negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami lafu, kata laporan berita.



Japan Cosmo Power berkata alat perlindungan Noh itu dibuat daripada kaca fiber yang boleh menyelamatkan pengguna daripada bencana seperti malapetaka gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu yang memusnahkan pantai utara Jepun, mengakibatkan 20,000 orang mati atau hilang, menurut AP.



Presiden syarikat itu, Shoji Tanaka berkata kapsul berharga 300,000 yen (RM12,522) seunit itu boleh memuatkan empat orang dewasa dan sudah selamat dalam beberapa ujian lapangan.



Ia mempunyai tingkap kecil dan mempunyai ruang udara di bahagian atas. Ia juga boleh digunakan sebagai rumah permainan kanak-kanak.



Syarikat itu sudah mengeluarkan dua kapsul dan menerima tempahan 600 lagi, lapor AP yang dipetik akhbar Korean Times. – Agensi/ AP.

akukata : Ceh aku nampak dah macam Kapal angkasa orang-orang saiya dalam Dragon Ball. kaler jer berbeza..kan? kan? kan?

1 comment

Anonymous
July 8, 2012 at 6:10 PM

hahaha kapal saiya pun org jepun juga yg lukis

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...