Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Aku mau kahwin muda

Wednesday, October 26, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
Kawen muda..

Sejujurnya inilah impian aku wakakakaka.. Aku nak kawen muda, aku nak dapat bini awal, aku nak ada baby cepat, aku nak rasa macam mana ada komitment aku nak rasa itu, aku nak rasa ini, aku mau itu, aku mau ini.. Macam-macam kan yang kita mau bila ceta sal kawen ni. Tapi bila aku cakap sama aku punya mak, beliau jawab dengan jawapan paling selamba dono..



" Mak ok jewwww..!!"

Perghhhhhhhh punya spoting jawapan beliau yakni ibuku yang tercinta. Mak aku juga la yang paling best di dunia. Yearghh..Lepas tu beliau sambung lagi..

" Tapi sebelum tu, ko kena belikan mak bunglow sebijik, kereta mercedes sebijik kalau tak mampu lambogini sebiji untuk mak pegi pasar. Lepastu jangan lupa orang gaji dalam rumah bungalow tu mak minta tak banyak. 7 orang jew. Mak tak nak rumah tu tak der perabot pla. Koman-koman perabot tu kena la import dan berkualiti sikit..Amacam, ada bran..?"

Melopong mulut aku dengar jawapan mak aku. Cist!

Tapi memang betul juga cakap mak aku tu. Bukan dia nak sangat benda-benda tu walaupun aku mampu untuk bagi kalau aku menang TOTO la, cam haram jak haha. Tapi mak aku nak yang aku sebelum kawen, aku bagi mak aku senang dahulu dengan kejayaan. Mak nak tengok aku bejaya dulu. Beliau takot kalau aku kawen aku susah nak bagi masa. Yer la mana lagi nak layan bini, mana lagi nak belajar. ehehehe bila mak aku cakap bab layan bini tu aku suka. Tapi bab belajar tu aku punggung aku tak senang duduk sikit. Hihihi..

Tapi jauh di sudut ati aku, aku NEKAD nak kawen cepat hahaha sebab :

Best dan syok! yeah..

Apa yang tak bestnya, tak payah lagi nak selindung-selindung kalau pegi dating. Tak da lagi rasa takut nak bawa anak dara orang pegi jalan-jalan. Dah jadi bini kan? Hehehe..ada juga teman untuk begurau, bergelak ketawa, sharing-sharing..kalau yang paling sadis tu, teman untuk betumbuk, begaduh...wakaka yg ni cuba untuk dielakkan.

Komitmen sudah ada.

Aku, kalau kawen muda komitmen aku untuk bini aku dan keja aku mesti tahap gaban punyalah. Yerlah kenalah keja kuat mau bawa pulang beras bagi bini aku gemok. kalau tak, apa aku nak jawab sama mak bapak mertua aku nanti kalau anak dorang makan biskut jak. Aku teringat kata-kata Naib Johan Imam Muda, dia cakap sejak dia kawen muda pointer dia makin bertambah baek. Naaaaa..sapa cakap kawen muda tak boleh bejaya.

Ada la sudah yang jaga hidup aku.


Bukan aku ni jenis pemalas, tapi sejak memasuki alam kebujangan, sejak terpisah dari bawah kawalan mak aku, hidup aku macam kurang terurus. Makan tak ketentuan, pakaian jangan cerita lah, kadang-kadang selagi tidak keluar aroma, teda la yg pegi cuci tu. Tapi, kalau sudah bebini ni, semua tejaga. Hahaha..

Tapi kan, Hajat besar dan murni aku terhalang pula..

Keja dan duit


Keja kena cari yg bagus-bagus. Duit kena kumpul sampai begunung. Ini dua benda bukan untuk lepas kawen jak, tapi sebelum kawen suda kena demand. Ya la sekarang ni kenduri kawen paling kecik pun RM7+++ belum ceta lagi soal hantaran sama mas kawen lagi.

Mental sama perasaan aku belum sedia lagi..

Aduh ini pun problem aku juga. Aku ni jenis yang panas baran. Cepat terasa. Belum cerita soal jeles lagi. Bayangkanlah kalau bini aku baru ceta sikit sama lelaki laen terus tapak kaki aku singgah dimuka beliau. Nauzubillah.. tidak mau owh mcm tu, bini aku tu dah lah cantek, kena la aku syg. SO aku kena train dulu emosi dan perasaan. Ya la mau jadi laki yang mithali la katakan..

Harta benda

Alaaa Harta benda aku belom cukup lagi ni. Kurang-kurang aku kena kumpul sebanyak harta Donald Trump paling tidak pun macam Datuk T. Ananda. Barulah aku boleh bagi bini aku pakaiann yang lip lap lip lap. Anak aku pula aku boleh belajar sampai pegi bulan. Aku pula pegi keja pakai keta api. Barulah..

Banyaklah lagi yang aku kena sediakan untuk aku kawen. Bukan setakat nafsu serakah jak yg aku kena sediakan. Tapi macam-macam lagi. Tu belum lagi aku ceta soal sedia ke nda aku pikul dosa bini-bini dan anak-anak aku.

Tapi aku tetap masih mau kawen muda. Aku dah boring tinggal sorang-sorang. Aku dah boring heret anak dara orang ke sana ke mari tanpa ikatan. Aku dah bosan dengan mata-mata, mulut-mulut manusia yang betopengkan otromen taro. Aku mau aku ada ikatan sama gupren aku yang tesayang aku mau sayang dia sebagai bini aku pla dan yang paling penting aku tak mau lagi ini title gupren bupren ni. Aku mau convert jadi Suami Isteri. Wakakakaka..


akukata : Maaf penulisan merepek, sebab aku boring teda idea...harap korang paham apa yg aku mau sampaikan.


2 comments

October 26, 2011 at 10:20 PM

hahahaha . sama la kita . aku pun mo kawin awal . :P

October 27, 2011 at 7:10 AM

@Ieka Andy Hehehe..Bagus2..menyahut seruan ko ne..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...