Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Rahsia resepi KFC, Bagaimana ia disimpan?

Tuesday, October 25, 2011 9 ,000,000 terlepas cakap
Hallooo...hau wa u?

Ok korang mesti dah taw macam mana kelab bola sepak Setan Merah di malukan oleh jiran sendiri? korang mesti dah taw macam mana Diktator Libya di jatuhkan? Korang mesti dah tau macam mana Putera Mahkota Arab Saudi yang pernah membiayai kos pembedahan 1.5 kembar siam malaysia tahun 2002 meninggal dunia? cerita kali ni mesti korang nak taw juga kan?

OK dengan sukacitanya tajuk entry di atas adalah dirujuk bagi tatapan pembaca.

cerita dah basi, tapi aku tetap juga mau kongsi. Korang penah makan di KFC? ya KFC not kaling food center tapi Kentucky Fried Chicken. Korang taw kan yang rahsia resepi KFC ni adalah sesuatu yang mustahil untuk di temui. Dalam dunia ni hanya 2 eskekutif KFC jak yang taw resepi sebenar KFC. Patutlah cikgu aku dulu penah bagitaw kenapa KFC tak dapat pengiktirafan ISO bagi jaminan kualiti, rupa-rupanya KFC tak nak share rahsia gabungan 11 herba dan rempah ratus.

Sejarah ringkas KFC ini bermula apabila, pada tahun 1931, uncle Kenctucky Harland Sanders telah menyajikan hidangan makanan berasaskan ayam kepada mereka yang singgah di Corbin, Kentucky. Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc. Kalau di Malaysia, KFC di pegang oleh KFC Holdings Bhd. Opersi di Kulim, Kedah. wah!! best la orang kedah. Oh sebelom aku terlupa, aku nak share satu rumor tak tau betol ka tak, title colonel yang dipegang uncle Harland Sanders tu diberikan bukan sebab dia adalah tentera atau yang seiring dengannya, tapi Harland Sanders telah diberikan title sebagai Colonel Kentucky oleh gabenor disebabkan beliau ni telah menyumbang kepada masakan negara. Kononnyalah.



ok JOm kita masuk cerita..

Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain. Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.




Pada tahun 2009, resepi ini telah kembali ke tanah lahirnya di Loisville setelah ianya pernah dipindahkan pada september tahun sebelumnya. Col. Handers pernah berkata bahawa resepi yang dimiliki oleh beliau akan mendapat perhatian dan kawalan yang ketat suatu hari nanti. Ternyata tanggapan sang pencipta resepi ini bukanlah satu dongeng macam cerita dongeng di tibi 3. Presiden pemotong gatah KFC, Robert Eaton pernah berkata
"This recipe has amazing global importance and the reason is that you could maybe put on your hand the number of world, global trade secrets that are housed in a single packet, in a single form,"




Macam persoalannya macam mana rahsia resepi ini disimpan? kalau kamu seorang pencuri paling pro di atas muka bumi ni macam Mission Impossible pun tak pasti boleh dapat ke tak resepi. Kenapa? cuba korang baca ni..
"We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks two feet thick," Dietl said. "We put in motion sensors also CCTV that's hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs, so in the amount of 30 seconds you'll have somebody up here. Once in here, you have to have two people with two keys and two different PIN numbers, and that's what you have to have. This safe is bolted down and there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing about it."
Bo Dietl, ex-NYC police detective dan pakar ditektif.

Hahahaha senangnya nak curi resepi tu. korang mesti ada 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah kamu boleh melepasi sistem kawalannya. Tapi sebelum tu korang kena lepasi dahulu lantai, dinding dan siling konkrit setebal 2 kaki. CCTV dan sensor 24 jam tanpa tido. Tak cukup lagi 24/7 pakar pengawal keselamatan bersenjata pun siap siaga kerjakan korang kalau ada hati nak mencuri hahaha.

apa pun, daripada korang pegi mencuri baek korang sembelih ayam sendiri, buat resepi sendiri, manataw kot-kot korang boleh jadi colonel tu. Terima kasey sebab membaca..heheheh

9 comments

October 26, 2011 at 10:28 AM

fuhh..mcm dlm muvi.. james bond pn x bole curi rsepi tu.. ahahahaha...

October 26, 2011 at 1:53 PM

@Anne Nurain hahaha..amacam ada ati mau curi ka anne? hehehe

October 26, 2011 at 4:51 PM

haha.. nda pa la.. aku usaha la buat resepi sndiri.. mna tau bole kasi kalah kepsi.. haha..

October 26, 2011 at 6:28 PM

@Anne Nurain klu mcm tu aku makan pree la kan? hehhe

October 28, 2011 at 12:36 PM

haha.. bole ba lau kau.. hihi

October 28, 2011 at 1:59 PM

@Anne Nurain "LIKE"

January 9, 2013 at 5:30 PM

Fu Yoo, maknanya 2 kaki tu 60cm..tebal gilerr :D

Anonymous
January 27, 2013 at 3:53 AM

napa mo curi?copy paste jak dr wikipedia pn bole bh..tp bkn resepi r

Anonymous
May 25, 2013 at 4:04 AM

Hi, this weekend is fastidious designed for me, for the reason
that this point in time i am reading this enormous educational post here at my home.


homeland security cameras

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...