Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Rumah Paling Mahal Di Dunia Tidak Berpenghuni.

Thursday, October 27, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
Pernah dulu aku kongsikan cerita rumah paling mahal dalam ini dunia. Sekarang timbul lagi sekali cerita pasal rumah paling mahal ni. Apa kes pla timbul lagi ni? Sekarang timbul satu spekulasi iaitu pemilik rumah tersebut tak mau tinggal di rumah tersebut kerana percaya bahawa rumah mahal tu membawa malapetaka kepada dia dan keluarganya. Adeh..sampai mcm tu sekalai. Dah la pembinaan rumah tu dikecam hebat. Susah juga kalau dah jadi orang kaya ni. JOM!! korang baca la ceta dia ni.



myMetro - MUMBAI: Rumah paling mahal di dunia kini terbiar kosong selepas pemiliknya enggan berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala.

Bangunan 27 tingkat itu - dinamakan Antilia - adalah milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion.


Ketika ini, Antilia begitu menonjol di Mumbai sejak ia disiapkan tahun lalu.

Bagaimanapun, pelbagai spekulasi tersebar selepas Mukesh, isteri, Nita dan dua anak mereka tidak berpindah ke situ hingga kini.


Memiliki tiga tempat pendaratan helikopter, enam tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung, menurut penilaian vastu shastra - sejenis kepercayaan seperti feng shui - Antilia akan membawa nasib malang kepada penghuninya.


Laporan menyatakan, keluarga Mukesh bimbang apabila mendapati Antilia gagal mematuhi prinsip pembinaan yang direstui vastu shastra. Sumber berkata, Mukesh bertegas enggan mendiami bangunan itu kerana percaya dia dan keluarganya berdepan dengan sumpahan nasib malang.

Walaupun begitu, bangunan itu pernah digunakan untuk tayangan filem dan majlis makan malam dikendalikan kakitangan terlatih dari rangkaian hotel mewah Oberoi.

Menurut sumber, Mukesh akan kembali ke rumah sedia ada setiap kali majlis berkenaan selesai diadakan.

“Dia enggan bermalam di Antilia,” katanya.

Menurut falsafah vastu yang digunakan dalam pembinaan kuil Hindu, sesebuah bangunan mesti menghadap matahari terbit.

Bahagian timur Antilia pula tidak memiliki tingkap atau ruang terbuka mhttp://www.blogger.com/img/blank.gifencukupi bagi membolehkan penghuninya mendapat cahaya pagi mencukupi.

Ketika ini Mukesh dan kaum keluarganya masih tinggal di rumah lebih sederhana mereka - sebuah apartmen 14 tingkat di selatan Mumbai.

Sementara itu, jurucakap Mukesh mendakwa alasan mengapa bilionair itu enggan berpindah ke Antilia sekadar gosip liar. - DM


akukata : Ohhh..gosip jer ker? ceh! igtkan dah betol tadi. Orang kaya pun boleh main gosip-gosip lagi. yang ni pla cerita sal orang kaya yang teda dalam list di malaysia.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...