Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Guru tak Penah Kejar GRED

Wednesday, October 12, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
Salam Hari Rabu semua..

Pembentangan Bajet 2012 sudah berlalu beberapa hari lepas (Jumaat). Bak kata orang, rumah dah siap, tapi segala tukul, gergaji, jentera dan jentolak masih lagi berbunyi. Pelik betol la manusia ni.

Aku, seorang bakal guru, yang InsyaAllah akan mengajar di sekolah rendah dan dalam setahun lagi akan menghabiskan study dalam ijazah perguruan dan InsyaAllah juga akan rela dihantar kemana-mana saja tanpa banyak songeh. Telah menjalani dua kali sesi praktikal di dua buah sekolah yang berbeza. Jadi pengalaman mengajar aku masih lagi ciput tapi mata aku sudah cukup untuk melihat pelbagai ragam guru-guru yang mengajar di sekolah.

Terkesima dengan pelbagai tuduhan, maki hamun dan cacian serta pelbagai lagi ayat tidak puas hati yang dilontarkan oleh pelbagai pihak terhadap guru. Terutamanya dua profesion yang berbeza iaitu nursing dan pensyarah. Aku tak maksudkan semua pensyarah atau nurse itu yang memandai lontar ayat bodoh dan bangang tanpa bepikir, tetapi hanya segelintir saja. Aku tau la, sebab aku selalu keluar hospital, so aku taw tak semua awek-awek nurse tu yang bodoh, ada juga yang mesra alam dan bijak.

Kisahnya bermula, sejak jumaat lepas, selepas siaran langsung pembentangan bajet 2012, yang dibentangkan oleh boss kerajaan YAB Datuk seri Najib. Bila aku buka pesbuk, ramai la pula manusia-manusia yang tidak taw nak bersyukur mengepos rasa tidak puas hati kononya profesion perguruan itu adalah anak emas dan profesion lain adalah anak tiri krajaan.

ni lah contoh paling dekat aku jumpa..ikutkan rasa, aku nak tunjuk muka manusia yang tak tau dek untung ni.



Bagi aku, bajet terbaru atau bajet sebelum ni takda pun satu yang sempurna. Pasti ada yang tidak puas hati. Susahkan nak puaskan hati manusia ni. Aku sejujurnya sependapat dengan beberapa orang yang mengatakan, seharusnya semua profesion itu disamaratakan kenaikan gred dia. Tapi, saya yakin kerajaan melakukan semua ini bersebab. Dan korang kena tau bajet ini dibuat bukan oleh Najib sorang jak (alamat mampos lah dia) tapi dibuat dan dikaji oleh mereka yang PAKAR dalam EKONOMI negara. Jadinya, membuat bajet tu bukan senang pakcik, makcik. Bagi mereka yang tak puas ati tu jangan lah nak memaki profesion perguruan, rasanya korang lah salah sebab tak habis belajar dengan cikgu korang, asyik ponteng sampai nak buat bajet untuk family sendiri pun masih ada defisit.

Korang kena ingat juga, bajet itu tidak akan kekal, kerana ia hanya perancangan perbelanjaan kewangan negara. Kalau da PERANCANGAN bila-bila masa boleh bertukar. Lagipun pada setiak suku tahun akan dikaji semula bajet yang telah dibentangkan kerana dikhuatiri akan terdapat defisit. Aku harap sangat mereka yang memaki prfesion lain tu janganlah gila sangat dekat gred tu. gred tu takkan ikut korang masuk lubang kubur pun, xkan juga korang boleh wariskan kepada cucu cicit korang gred tu.

Bagi sesetengah orang yang bergelar nurse atau pensyarah yang paling lantang bebunyi macam tin kosong, korang tak penah jadi cikgu, korang takkan taw kapayahan manjadi cikgu tu. Pensyarah tu pula, memang korang adalah dalam bidang yang sama dengan kami iaitu mengajar, tapi rasanya korang bukan pensyarah yang lahir dari seorang guru sekolah-sekolah, sebab itu korang mempertikaikan keja guru. Ni aku nak cakap ckit untuk betolkan beberapa perkara :-

1. Siapa cakap cikgu keja setengah hari? Mana fakta tahyol yang korang ikut ni? Cikgu macam mana-mana profesion juga pada bila-bila masa 'on-call' dengann pelbagai keja, kursus, seminar, dan macam-macam lagi. Masa keja cikgu adalah tak habis disekolah, sambung kat rumah FAHAM!! sampai terkadang rumah kurang terjaga.

2. Siapa cakap keja cikgu itu senang? Aku nak tya korang lah, penah tak korang turun ke sekolah mengajar sebuah kelas darjah 1 yang isipadu kelas adalah lebih kurang 40 orang murid? Mana nurse-nurse yang macam tin kosong tu? aku nak tgo korang mengajar anak yang korang tak ajar dirumah dalam kelas yang macam tu.

3. Siapa cakap keja cikgu hanya mengajar? Amboi, korang ingat keja cikgu hanya mengajar saja ka? Korang merasa macam mana peritnya nak buat Jadual Spesifikasi Ujian? memeriksa keja sekolah anak-anak korang sampai lewat malam? itu belum lagi penyedian rancangan mengajar, dengan bahan bantu mengajar dengan keluarga sendiri dengan pihak sekolah lagi. STRESS SIAL!!..

4. Anak korang bodoh, lembab nak mampos, perangai celakak, siapa yang korang salahkan. GURU? hahaha patutlah anak korang macam tu, perangai keturunan rupanya. Anak korang hanya berada disekolah dari seawal puluk 6.30 sehingga 1.00 tghari, jadi dari pukul 1.01 tghari hingga 6.29 pagi keesokannya anak korang dengan siapa? Apa yang korang buat sebagai ibu bapa untuk anak korang?

5. Lagi cekalak kalau korang cakap cikgu banyak cuti, hujung tahun dapat banyak cuti. Aku kalau aku jumpa orang yang bermulut sial macam ni aku nak tampar sedas dua dulu. Baru aku cakap dengan lemah lembut macam ni. Akak, abang, kami tak cuti hujung tahun tu senang-lenang. sedarkah anda semasa cuti tersebut guru ditugaskan menjaga sekolah, membuat rancangan mengajar tahunan,kursus-kursus, mengemas kelas anak2 anda, membaiki mana-mana bahagian sekolah yang rosak.

6. Keja cikgi tak kena panas? Hahahahahaha..Sapa yang mengiring anak korang pegi sukan? yang jadi pegawai sukan? yang mengajar PJK di padang? itu semua bukan pekeja kontrek tapi cikgu kepada anak korang.

Ikutkan hati banyak aku nak merepek lagi ni. Hurm.. Rasanya 100% yang membaca blog aku ni semuanya bijak pandai dan tau mengenal huruf dan suku kata. Siapa yang kenalkan korang dengan nombor dan huruf sehingga korang mengenal dunia skarang ni? Janganlah pertikaikan tugas seorang guru. Ya, aku mengakui ada guru yang kurang menjalankan tugasnya sebagai guru. Tapi, tidak semua seperti itu, kerana kalau kalau semua guru seperti itu, takkan lahir Najib yang membentangkan bajet baru-baru ni. Kerja guru tak berkesudahan.

Akkata : Korang ada hotak, korang pikirlah sendiri. Kalau masig bangang lagi, pegi sekolah tengok sendiri macam mana keja guru. Rezeki masing-masing, tunggulah rezeki korang akan sampai juga. Hayati Profesion masing-masing, itu lebih bermakna.


4 comments

October 20, 2011 at 12:35 PM

BETUL KER......????

October 23, 2011 at 9:03 AM

@HAFIZAL TAK!! TAK BETOL kikiki DUSTA SEMUA TU..

Anonymous
December 19, 2011 at 1:55 AM

haha bro..aku sokong pe yg ko kata..pedulikan kata2 orang len..dulu sebelum pergi praktikal pun aku rasa cam tugas guru nie mudah je..tapi bila dah praktikal kedua,memang terasa perit..terutamanya nak kena tulis rancangan mengajar harian..1 subjek nak kena tulis 3 atau 4 page..kalau sehari mengajar tiga kelas,nak kena tulis hampir 12 page..pada sapa2 kat luar sana yang rasa senang nak jadi cikgu,korang try buat karangan 12 page sehari..buat tiap2 hari..brape jam yg korang perlukan untuk siap menulis bnda2 2..ps2 belum lagi masuk nak buat lembaran kerja..nak buat bahan bantu mengajar lagi..agak2 korang kalau nak photostat lembaran kerja tu pakai mesin sekolah ke??sikit je sekolah yg bagi guna mesin tu..yela..xkan tiap2 arie nak photostat kat sekolah..kalau semua cikgu sekolah tu nak phtostat pakai mesin sekolah,mau melengung GB..alamatnya pakai duit sendiri la..kat bawah nie aku senaraikan beberapa tugas guru..

time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..

tu baru tugas basic..kalau jadi guru panitia lagi la banyak tugas..senang crita korang pergi la sekolah..xpun korang follow sorang guru dari pagi sampai malam..haha..

p/s:sekarang baru aku tau peritnye guru yang mengajar aku dulu..

December 19, 2011 at 1:58 PM

hahaha..thanx bro ^^

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...