Kehadapan Boifren anak aku,
Peraturan 1: Kalo ko sampai depan pagar rumah aku pastu hon…hon motor/keta ko tu, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik apa-apa atau sapa-sapa dari rumah ni.
Peraturan 2: Jangan ko pegang-pegang anak aku depan, belakang tepi atau sisi aku. Ko boleh pandang dia, jeling, tengok selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan dan mata ko, aku boleh tolong cabut dan jaga tangan dan mata ko dalam kandang kambing aku..
Peraturan 3: Aku tau skg ne fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu bagis-bagus cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun atau gam kasut kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko di pinggang.
Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?
Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah lepas dating? Dan jawapan yang aku mau dengar satu jak: “Awal.”
Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating dgn aweks-aweks lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple dgn anak aku, ko jangan pandai-pandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan dgn ko atau dia break-off dgn ko. Kalo ko buat anak aku nangis, aku pulak akan buat ko nangis leleh.
Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan pandai-pandai mau mengeluh kalo dia bersiap lambat sangat. Kalo ko mau orang yang punctual dgn masa, ko pegilah dating sama cewek askar. Kalo ko bosan menunggu di luar tu, tolong le buat apa-apa yang patut, macam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni. Bukan rumah sapa-sapa juga kan? rumah bakal mertua ko jg pun.
Peraturan 8: Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring. tempat-tempat yang teda kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium-cium tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan dan amat digalakkan. Kalau boleh bawa aku sekali pegi tengok movie mcm tu.
Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala botak tengah, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy-spy aku. Kalo aku tanya ko maw pegi mana, dengan sapa lagi yang join dgn korang, ko ada satu peluang jer maw jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan yang benar-benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main-main ngan aku.
Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat-sangat takut. Aku ni masih lagi teringat-teringat peristiwa lawan komunis dulu. Sampai skg kalo ada orang datang umah senyap2 pastu berbual-bual di laman aku terus ambik senapang aku..aku ingatkan komunis. Nanti sudah abis dating, sampai dpn pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.
Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Girlfren ko.
Wassalam...
p/s : Sebarang rasa tidak puas ati, tidak akan dirunding.
akkukata : aku ketawa bila baca ni artikel..apa pun ni bukan aku punya aku juz sharing jak..
credit to : are chik@syok.org
Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...