Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Tun Daim yang Diam

Monday, December 20, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Wasshup yo yo yo..
Ok hadirin dan hadirat sekalian, hari ni aku nak bawa kepada anda satu kisah berkenaan dengan seorang tokoh dalam negara kita. Mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang tak kenal. Beliau yang saya maksudkan adalah Justin beber. Hahahah apa kes aku mau jadikan dia tokoh dah lah tamak sampai pasang sekali dua gupren (lepas ni kompom ada peminat dia yang blasah aku nanti). Ok seyes. Aku nak perkenalkan kepada kawan-kawan semua berkenaan dengan seorang Tokoh yang bernama Tun Daim Zainuddin. Sekiranya korang ada ambil subjek ekonomi di mana-mana jak atau anda adalah fanatik politik sekitar tahun 80an hingga akhir 90an.

Siapakah beliau? bapa sedara aku ker? kalau ya, mau juga aku hahah. Eyceli, Beliau merupakan Yakuza dan mafia yang memiliki pengikut yang paling ramai di sekitar eropah dan afrika. Hahah naa pening kamu. Tidaklah.. Beliau ni merupakan seorang mantan menteri kewangan pada tahun 1984 hingga 1991 kalau aku tak silap, dan masa tu adalah zaman Tun Dr. M kita. Namun bukan itu yang membuatkan aku penasaran dengan dia ni, tetapi yang membuatkan aku penasaran adalah kenyataan dan kepercayaan sebilangan rakyat Malaysia yang menganggap bahawa beliau adalah Orang paling kaya di Malaysia. Bukan Tan Sri Kuok raja gula kita atau pun T. Ananda Krishnan kita tu. Kenapa Tak percaya ka? Baca lagi eh, jangan berhenti, makin siok ni..


Aku tak nak carita latar belakang politik dia, tapi aku nak sentuh kejayaan dia di luar negara. Ada seorang blogger tu dia menceritakan kisahnya ketika memasuki sebuah bank International Bank of Commerce di salah sebuah negara di Afrika sana. Beliau terkejut apabila ada pula gambar Tun Daim terpampang sebesar-besarnya, dan bila di tanya pegawai bank itu berkata
“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,”


Mesti korang terkejut kan? Kejap nak bagi suprais lagi ni.

Ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Daim kini memiliki sebanyak 151,844,00 unit saham dalam ICB yang mewakili kepentingan 84.4 peratus. ICB yang beroperasi sejak 1994 dan disenaraikan di Pasaran Pelaburan Alternatif (AIM) Bursa Saham London kini mempunyai 130 buah cawangan bank di seluruh dunia!

Hambik kau. Sapa cakap orang Melayu tak hebat? Lain la kalau pemalas, memang takkan kemana tu. Apa yang pasti kini, aku bingung kenapa Forbes Megajin tak senaraikan beliau dalam senarai orang-orang kaya. Tapi untuk info sesama kita Forbes hanya kira orang punya kekayaan melalui pegangan saham dorang dalam public-listed company serata dunia. Oh macam tu rupanya Forbes ni kira kekayaan orang. Ingatkan dorang pegi Bank lepas tu kira satu-satu duit orang-orang kaya ni. Namun, menurut satu cerita tak tau betol ke tidak kekayaan Tun Daim ni kat akaun bank dia tak penah diam.Forbes penah cuba cuba buat anggaran harta Tun sebanyak US10.2 billion, kalah Robert Kuok apatah lagi Robert Mugabe mahupun Robert Murugiah.Tapi itu hanya anggaran, mereka mereka yg sesaja gatal nak sibuk amik tau asset Tun.Media Britain pula mengorek rahsia dengan bersungguh sungguh berdasarkan pegangan Tun dlm ICB (bank kepunyaan Tun Daim) dan menganggarkan asset Tun sebanyak US$26 billion.Nah, dengan duit sebanyak tu, mahu saja aku call Tun dan mintak dia beli Arsenal dan beli juga pemain best best untuk Arsenal, masuk akal bukan idea aku. Aku UP lagi cerita ni, ada aku terbaca yang dia ni adalah dalam senarai 20 orang terkaya di dunia iaitu pada kedudukan 16 (kalau salah abaikan). Beliau tak suka untuk tunjukkan kekayaannya kerana dia tak suka kan publisiti. Apa yang pasti harta karun beliau makin bertambah dan beranak pinak.

Apa yang hebat dengan beliau ni adalah beliau adalah pakar ekonomi. Ingatka dengan kegawatan dan kes pemecatan DSAI dahulu? Jangan ko buat lupa-lupa, masa tu aku kecik lagi tapi aku dah tau tentang zaman kegelapan ekonomi negara tu. OK, masa tu DR.M telah memanggil semula Tun Daim ini berkhidmat sebagai menteri kewangan setelah meletak jawatan pada tahun 1991. Aku betul-betul tabik beliau sampaikan Dr.M yang kepala bergeliga pun panggil Tun Daim semula. Banyak idea memajukan ekonomi oleh beliau digunakan oleh kerajaan. Jadi tidak hairanlah jika beliau digelar sebagai salah seorang pakar ekonomi di Malaysia.

Aku makin syuka kat Tun Daim sebagai ahli politik ni sebab beliau adalah seorang ahli politik yang biasa-biasa sahaja. Tidak suka publisiti dan tidak suka berucap. Beliau lebih banyak diam. Kerana itu lah beliau digelar sebagai "Tun Daim yang Diam". Wartawan yang ingin menemu ramah beliau hanya akan menerima senyuman dan salam dan komen kalau perlu sahaja. Lepas tu beliau akan pergi.

Kepada Tun Daim (mcmlah jak beliau baca blog aku ni kan), syabas sebab anda memang seorang yg berjaya. Tokoh yg bersaiz kecil tapi mempunyai hati yg besar macam stadium KLCC. Beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang, dan tidak semua kejayaan yang dikecapinya pada hari ini tidak diselangi dengan kegagalan. Banyak siri kegagalan beliau dalam melakukan bisynis ni. Tapi usaha yang gigih telah mendatangkan hasil. Jangan pandang dahulu keburukan dia (kalau ada la) tapi lihat kegigihannya tu.

OK itu jak yang aku mau kongsi hari ni. Adeh penat aku duduk ni taw hahaha. Apa pun sapa yang nak jadi macam dia? Mahap entry terpanjang shikit haha

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...