Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

10 Perkara aku & kekasihku kena buat.

Monday, November 29, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

Dengan peraturan itu juga, kita sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, aku dan pasangan aku sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata korang ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kita lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan. Apa tunggu lagi, JOM!!

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan

Jika aku meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, aku mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika aku meletakkan perhubungan aku berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.


2. Terima seadanya

aku, harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, aku harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya aku menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupku. Janganlah sesekali aku ini berfikir untuk mengubah si dia mengikut acuan aku. Ini kerana sekali aku berjaya mengubahnya, aku akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga aku merasakan si dia benar-benar sempurna di mataku.

Tapi ingatkah aku bagaimana aku boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu aku pertahankan. Jika aku terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada aku. UP!!


3. Hargai pengorbanannya

Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, aku perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika aku bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk aku demi untuk melihat aku tersenyum setiap hari.


4. Hormati pendiriannya

Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta aku sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikapku yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan aku oh TIDAK! Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikapku yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh aku bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.


5. Yakin pada keistimewaannya

Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Sekiranya pasanganku itu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasanganku seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan diriku ini sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintaiku sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kami gembira.


6. Jangan berprasangka

Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, tiap pasangan ialah memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika hati ku masih ragu-ragu, aku harus selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri diriku di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sekiranya Sikapku yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk aku menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanku.


7. Sayanginya setiap hari

Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Aku Cuba berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kami berdua. Aku Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kami dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kami akan saling menyayangi antara satu sama lain.


8. Capai persefahaman

Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu kami cuba berusaha untuk mencapai persefahaman. Harusku ingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik sekiranya kami bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar kami lakukan. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.


9. Jangan cepat berbangga

Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk aku berbangga atau bermegah-megah. Aku hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya aku jaga sehingga ke akhir hayat ku.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan kami berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.



10. Sentiasa bersyukur

Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

dikisahkan oleh: ryn_kyo@syok.org
kita jadikan kisah isteri derhaka ini menjadi iktibar kepada kita ya..
Anggap lah 'aku' di atas adalah diri anda sendiri..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...