Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Rumahku Syurgaku

Sunday, November 21, 2010 1 ,000,000 terlepas cakap
Salam semua..
Petang tadi, tidak tepat lebih kurang pukul 2.30, penerbangan kami selamatlah sampai di lapangan terbang Tawau. Fuh..seronok lah sampai rumah.

Baiklah apa yang aku nak kongsi adalah kejadian yang berlaku di KKIA tadi. Tidaklah aku rasa memalukan tetapi agak menyegankan juga lah. Apa kejadian tu sampai aku nak kongsi kat blog ni. Ok kejadian tadi tu ialah BAJU SEJUK AKU JATUH ATAS BUMBUNG KFC yang berada di tingkat bawah.

Kejadian dia lebih kurang macam ni tau, aku selisih dengan rakan blogger merangkap rakan sekelas aku, sambil selisih tu sempat lah juga aku sakat dia. Sedang sedap menyakat dia tahu-tahu aku punya bajuk sejuk tu jatuh atas atap KFC kat tingkat bawah. HAHAHAHA begitulah kawan-kawan aku ketawakan aku. Ni lah orang lama cakap tulah. Siapa suruh suka sangat menyakat, dapat sudah balasannya. PADAN MUKA AKU. Insaf..

Aku pun kelam kabut lah pegi cari orang-orang yang ada jolok. Nasib baik ada akak cleaner yang baik hati dan telah membantu aku. Dia halo-halo kawan-kawan dia, lepas tu.. Yeyyyyy..Baju sejuk aku selamat sudah. Terima Kasih semua kerana membantu.

Itu saja Kisah aku yang tak seberapa. TK.

1 comment

Anonymous
November 21, 2010 at 9:00 PM

saya tumpang simpati..
ish..ish..ish..sangat malu kejadian tersebut yaa..
sapa la agaknya kawan anda yang telah disakat tuu??
hahahahaha..ib, kotoh! :D (hehe..kidding~)

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...