Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

kawan baik aku B.R.E.A.K

Tuesday, November 30, 2010 2 ,000,000 terlepas cakap
salam semua pagi, petang, siang dan malam.
kelmarin sahabat aku talipon aku, dia sedang bersedih sebab Gupren dia tiba-tiba jak minta B.R.E.A.K dengan dia. Dia menceritakan perasaan dia ketika itu kepada aku. Dah nama BeZpReN kena lah jadi pendengar yang baik walaupun aku mungkin tidak dapat membantunya, namun dengan menjadi pendengar yang baik harap dapat mengurangkan ke'stress'annya menghadapai benda yang dia sendiri rasa tak adil bagi diri nya.

Semua pasangan boleh break tapi kalau break yang mengejut macam serangan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki, sesiapa pun memang tak boleh terima. Orang bercerai pun kena juga bersebab takkan nak cerai macam tu saja. Kawan baek aku ni luah kan segalanya pada aku. Dia dah cuba untuk baiki semua hubungan mereka ( nak rujuk la tu) tapi pempuan ni tak juga nak layan dia. Kawan aku cakap dia dah hampir putus asa.

Aku nasihatkan dia, kalau ya pun frust janganlah sampai menyeksa diri sendiri. Kau terseksa memikirkan tentang diri dia tapi adakah pempuan tu akan fikirkan tentang perasaan kau ketika ini? (ceh macam Datuk Fadzillah pla..hehe) Aku UP lagi, kau cuba la lepas kan dia, mungkin dia bukan jodoh kau, tapi kalau dia kembali lagi kepada kau, itu jodoh kau (ceh power juga ayat aku). Kau kena yakinkan diri kau Allah itu maha adil, mungkin Allah ada sesuatu untuk kau.

Namun hadirin dan hadirat sekalian,
Inilah kisah bukti seorang lelaki yang amat mencintai kekasihnya. Walau apa pun nasihat yang aku berikan, satu benda jer yang mematikan ayat aku. Aku sayang sangat dengan dia, aku tak boleh lupakan dia, aku susah nak padamkan kenangan kami, aku sanggup lakukan apa saja untuk dia. Tapi kenapa dia buat aku macam ni... Mungkin kalau dia adalah seorang wanita dah lama mengalir air mata dia sambil didendangkan dengan lagu Mengenangmu-kerispatih. Dia menceritakan kepada aku sejarah percintaan dia kepada aku, yang seterusnya mungkin menjadi faktor mereka putus.

Mereka berkenalan dan bercinta atas tiket saling menyayangi dan bersedia untuk kawen bila-bila masa saja. Namun langit tak semestinya cerah sepanjang masa, kadang-kadang awan komolunimbus turut membawa ribut dan hujan bersamanya. Percintaan mereka sering di menjadi topik utama di kampung itu. Sebabnya mudah, pempuan itu bukan dari kalangan keluarga yang sebangsa atau sesuku dengan orang kampung di kampung itu dan juga keluarga pempuan itu hanya menyewa tapak rumah di kampung itu. Aku betul-betul tak sangka masih menebal lagi budaya jahilliya yang mengamalkan semangat assabiyah BODOH punya orang kampung. Kemudian dalam kampung tersebut ada ler sorang Mak cik yang berpotensi besar nak kena tampar sebab selalu sangat melaga-laga kan Mak kawan aku ni dengan mak pempuan tu. Jadi suatu hari bergaduhlah kedua-dua ibu tersebut. Maka makin sukar lah ujian percintaan mereka berdua. Sedihkan?

Pempuan tu keja di sebuah kedai perabot. Di tempat keja dia tu ada sorang mamat ni yang suka sangat kat pempuan tu. Jadi mamat ni pun rajin lah usha awek aku eh bukan pompuan tu aka awek kawan aku tu. Satu hari tu kawan aku hantar awek dia ni pegi keja naik motor. Nak tahu apa jadi lepas tu, mamat ni pun jeles lar dia pun beli motor semata-mata nak tarik perhatian pempuan aka awek kawan aku tu. Selain tu mamat ni dengar khabarnya dah penah pegang tangan pempuan tu. GILER APA?? aku hangin juga bila kawan aku crita semua ni.

Kawan aku cakap, mungkin inilah punca-punca keretakan hubungan mereka. Aku sebagai lelaki dan kawan dia memang lah sedih bila hal macam ni berlaku. Kawan aku ni betul-betul di aniaya oleh pempuan tu dan juga orang kampungnya. Kes dorang ni memang menjadi pengajaran buat aku. Pengajaran yang paling bernilai ialah sepasang couple itu perlu juga mendapat restu daripad masyarakat kerana masih ada racun dalam masyarakat itu sendiri yang boleh mereka dengan merosakkan hubungan pasangan itu. Oleh itu bati-hatilah, erutama masyarakat seperti Mak Cik Bangang dan Mamat Gila tu. Masyarakat jenis ini adalah PEROSAK bangsa sendiri.

Bagi anda, apa nasihat yang patut aku berikan kepada kawan aku ni?? Tolong lah aku cari idea, aku sangat kesian dengan dia.

p/s : korang patut baca artile ni untuk korang dan pasnagan korang.

2 comments

November 30, 2010 at 1:39 PM

hohohohohoh..
jodoh di tangan Tuhan ;)
be patient seja la~
mula2 mmg susah, but then, it will be okay

November 30, 2010 at 2:50 PM

@Nur Izzatie Nadia Binti Subri
ya thanx..aku da bagi nasihat kat dia..
1st time dia tak susa mau trima kenyataan ni..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...