Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Demi kekasih yang sakit aku sanggup mencuri

Saturday, November 20, 2010 3 ,000,000 terlepas cakap
Salam semua
Selama ni aku tak pernah pun terfikir dengan cinta seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja. Namun kisah yang berlaku dengan sepasang kekasih ini amat memberi satu pengajaran kepada mereka yang bercinta dan telah berumah tangga. Adakah mana-mana pasangan sanggup melakukan pengorbanan dalam hidupnya?? Mari kita ikuti kisah sedih mereka..JOM

Namun tahukan Anda, apa yang dilakukan seorang lelaki yang bernama Mezi 42 tahun ini mencarikan duit untuk mengubat kekasihnya 37 tahun yang terkena kanser sudah parah . Harapan untuk kekasihnya hidup sudah sangat tipis, bahkan doktor yang merawatnya juga menjangkakan kekasih tidak hidup lama.

Namun malang kisah romeo ini, kerana dia mencurinya menyebabkan dia tertangkap hingga membuat dirinya hidup dalam penjara Jiaonan di Daerah Henan China . Ada satu permintaan terakhir dari sang kekasih sebelum dirinya pergi untuk selama-lamanya, iaitu boleh menikah dan menggunakan gaun pengantin sebelum dia meninggal kerana sakit yang dideritainya .



Tebal dan tingginya dinding penjara, serta kukuhnya jeriji besi tahanan bukanlah halangan untuk cinta sejati mereka, mereka berduapun akhirnya melakukan pernikahan sederhana di dalam penjara 12 November lalu, dengan gaun impian yang didambakan sang kekasih tersebut, dengan wajah berseri keduanya melangsungkan perkahwinan mereka.

Orang ramai terharu melihat keadaan mereka, dengan sabar dan penuh cinta kasih si lelaki mendukung kekasihnya yang sudah tak begitu berdaya ini. Kekuatan cinta agaknya boleh menghapus rasa sakit yang dirasakan sang kekasih kerana kebahagiaan bisa bersanding dengan cinta sejatinya walau dia tahu tak berapa lama lagi mereka dapat bersama di dunia ini, karena dia percaya cinta mereka tetap abadi selamanya.




kredit kepada :ruanghati.com

3 comments

December 9, 2010 at 9:46 AM

terharu ~~

December 9, 2010 at 10:38 AM

@Finie Ramosya finie..tak semua yg jahat tu melakukan kejahatan semata2 utk diri sendiri..

December 29, 2010 at 4:47 PM

sedihnya.. =(

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...