Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

8 benda yang jangan dilakukan selepas Mom mom.

Saturday, November 20, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Makan adalah satu kewajipan kepada semua makhluk yang ada di atas muka bumi ini. Bagitahu aku makhluk mana yang tidak makan?? hehehe semua makan kan? So kali ini aku nak kongsi perkara-perkara yang korang jangan jadi satu tebiat ke atau tabiat selepas korang makan. Ye lah makan tu untuk kesihatan kerana memberikan tenaga, mineral dan keperluan lain dalam badan. Tapi makan secara tidak sihat, akan memberikan masalah kepada diri dan kesihatan. Jadinya biarlah kita makan tu dengan cara yang betul sesuai dengan akal fikiran yang dianugerahkan. Baiklah kita buka tirai perbincangan kita..JOM!!


Berjalan
1) Sebenarnya berjalan/bersenam menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrisi-nutrisi dalam makanan yang diambil. Tetapi ada juga baiknya kita berjalan atau bersenam selepas makan kerana ia dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Namun biarlah kita berehat terlebih dahulu dan membenarkan sistem pencernaan melakukan kerjanya.

Mandi
2) Menyebabkan aliran darah mengalir banyak ke tangan, kaki dan badan lantas jumlah darah berkurangan di bahagian perut. Ini mengakibatkan sistem penghadaman dalam perut menjadi lemah. Bercakap berkenaan mandi, mandi pagi sebelum matahari terbit adalah baik kerana ia dapat memberikan beberapa kesan baik dalam tubuh seperti pemecahan lemak-lemak. Nak tahu lebih lanjut korang tanya pak cik google, dia tau tu.

Merokok
3) Benda ni sensitif kepada yang merokok tetap nak kata macam mana lagi kan kalau dah kajian membuktikan menghisap rokok selepas makan bersamaan dengan mengambil sepuluh batang rokok di mana risiko mendapat penyakit kanser adalah tinggi. Bayangkan seseorang itu merokok 10 batang sekaligus.

Tidur
4) Makanan yang korang ambil tak akan dapat dihadamkan dengan sempurna. Ini akan menyebabkan korang mudah diserang penyakit gastrik dan jangkitan dalam usus. Tapi tidur selepas makan rasa enak jer. Sapa setuju??

Minum Teh
5) Daun teh mengandungi kandungan asid tinggi yang boleh menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang korang makan sukar untuk dihadamkan. Eh kenapa pula? Sebab asid tersebut akan menyebabkan makanan yang dicerna menjadi keras semahu-mahunya, jadinya, sukarlah makanan tersebut untuk dipecah-pecahkan. " Mamak, TEH TARIK SATU!!!"

Makan Buah
6) Mengambil buah²an sejurus selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung dengan angin. Oleh itu, ambil buah satu hingga dua jam selepas atau satu jam sebelum makan. Kalau nak pilih buah yang dimakan biarlah pilih buah yang banyak serat seperti pisang dan papaya, takda lah kena sembelit nanti.

Melonggarkan Tali Pinggang
7) Kes sebegini kerap dilakukan kerana korang rasa terlalu kenyang, kan? Nah, melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba² akan memudahkan usus korang terbelit dan tersekat. Haha ini kes makan yang tak ingat saiz kapasiti perut, jad main bedal jer.

Minum Air
8) Kita disarankan tidak mengambil air sejurus, semasa atau selepas makan, kecuali kalau da tersedak dan tersangkut kat tekak. Sebabnya mudah, perut kita akan merembeskan juz gaster sejenis asid, mengikut piawaian tertentu, untuk mencerna makana. Sekiranya kita minum air, maka kuranglah keasidan dan kelikatan jus gaster tadi kerana telah bercampur dengan air.

p/s : perkara-perkara ini ada juga yang aku amat pasti dan ada yang aku 70% percaya, namun apa yang terbaik adalah makan mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...