Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kereta Bayi untuk Bayi

Tuesday, November 30, 2010 3 ,000,000 terlepas cakap
hahaha ada sesiapa yang sudah sedia untuk menyambut kelahiran bayi yang cumil-cumil? hehe satu lagi perkongsian untuk anda semua berkenaan hidup berkeluarga dari aku. kali ini aku nak kongsi tentang jenis-jenis kereta sorong bayi yang jenis moden punya. Kalau dah nuffnang bagi duit banyak tu apa kata korang beli satu untuk bayi korang yang yang cumil tu.. JOM kita baca-baca.
Babyoom (baby carriage that becomes a bike and a shopping cart)

Kalau bayi korang dah besar apa korang nak buat dengan kereta bayi dia? Korang nak buang? Bagi dengan orang lain? Atau simpan dalam stor jak? Oleh sebab hal ini Hadong Jung telah menciota kereta bayi yang boleh diubah mengikut tumbesaran bayi korang. Semasa bayi korang masih kecil alat ini dijadikan sebagai kereta bayi, setelah dia besar alat ini boleh diubah menjadi kerusi kereta bayi. Sekitar umur 3 tahun alat ini boleh dijadikan sebagai basikal bayi pula. Dan ketika berumur 6 tahun ia tidak sesuai untuk bayi korang, tapi sesuai untuk korang je. Kenapa?? Korang bleh gunakan kereta bayi ini diubah menjadi kereta sorong untuk membeli barang-barang di pasar, bergaya dan nampak cool.

The Roller Buggy (Scooter+stroller)



Walaupun nampak seperti kereta sorong bayi, namun The Roller Buggy adalah mult fungsi yang telah ditransformasikan menjadi skuter yang direka oleh valentine vodey, seorang ahli Trio Design CIO (Creative Industrial Object). Penciptaan kereta bayi yang lebih sportif ini sebenarnya telah banyak menjimatkan masa ibu bapa untuk mengejar masa. Kalau da bawa laju-laju tu nda selamat ka?? OK jangan risau, kereta bayi ini yang dah macam skuter dilengkapi dengan break hidraulik dengan dua buah cakera yang membolehkannya untuk mengurangkan kelajuan dan untuk berhenti. Untuk bayi pula jangan lupa pasangkan tali pinggang keselamatan yang juga dilengkapi bersama. Syarat utama untuk kereta sorong ini ialah bayi hendaklah berumur 1 tahun ke atas dan kelajuan tidak melebihi 15 km/j

Eco-friendly Baby Carriage



Kita selalu mendengar mesra alam dengan di kalangan orang dewasa sahaja, bagaimana pula dengan bayi-bayi. Dorang pun ada hak juga. Jadi menyahut seruan itu seorang mahasiswa dan bukan seorang bayi telah mencipta sebuah kereta sorong bayi yang disokong oleh panel tenaga suria. Kereta sorong bayi yang dilengkapi dengan panel suria tersebut sebenarnya berfungsi untuk menjana tenaga elektrik untuk alat permainan di kereta sorong bayi tersebut. Selain daripada itu, ia juga dapat mengecas semula iPod, mp3 atau henpon korang semasa bejalan-jalan dengan bayi korang.

Samsonite's Traveler Baby Carriage


Castiglionemorellidesign bersama-sama dengan Rafael Vinader Balibre mengembangkan sebuah rekaan inovatif untuk sebuah suitcase perjalanan digabungkan dengan kereta bayi, bagi satu Pertandingan Samsonite. Tema pertandingan ini ialah mereka satu produk dalam kaitannya dengan melancong dengan bayi dan balita, dan mereka memenangi anugerah untuk itu. Strolley ialah satu rekaan yang memiliki dual fungsi iaitu sebagai kereta bayi dan juga sebagai suitcase. So kalau sesiapa nak berjimat aku sarankan beli yang ini lah.

The Monster Baby Carriage


Ini adalah kereta mimpi ngeri untuk bayi yang di inspirasikan oleh Elmer Presslee sebuah house of weird furniture and art. Kalau lah anda semua meletakkan bayi anda di dalam kereta ini, seperti anda meletakkan di dalam otak seseorang. Ini lah seni mimpi ngeri yang cuba di bawakan oleh Elmer Presslee.

Bike Baby Carriage


Anda lihat rekaan yang hebat ini. Anda boleh membawa bayi anda bersiar-siar dan anda juga boleh bersenam untuk kesihatan dan keayuan anda. Selain itu, kalau korang ni la kan risau sangat nak tinggal bayi anda sorang diri di rumah anda boleh bawa sekali ke kedai, pasar, pegi rumah jiran buat mesyuarat tingkap sikit. Kereta bayi ini juga mampu untuk membawa berat 80kg dan berharga 3150 duit pounds UK. (cek dompet aku berapa duit yang tinggal, bila la nuffnang nak bagi aku BE) hahaha

Gun-shaped Baby Carriage


Kereta bayi ini sesuai untuk keluarga yang sentiasa diancam oleh musuh. Kereta bayi ini seolah-olah dilengkapi dengan mesin senjata dan bila-bila masa sahaja boleh menembak musuh. (ada sesiapa yang berani nak ganggu bayi ni?) kereta bayi ini telah dicipta oleh seniman China Shi Jinsong.

Egg-shaped Baby Carriage



John Knott, aka Bent Fabrication telah mencipta kereta bayi ini. Kereta bayi ini dibina daripada aluminium dan rekaannya seperti kereta bayi antik. Peringatan kepada ibu-ibu dan bapak-bapak, jangan sesekali anak anda ditinggalkan di dalam kereta sorong ini kalau ibuk dan bapak tidak mahu masuk surat khabar sebab di tuduh mengukus bayi sendiri..fuwahahahah

Retro Baby Carriage



Kalau anda memiliki bayi sekitar tahun 1950-an, maka anda juga seharusnya memiliki kereta bayi ini. Kereta bayi yang dicipta oleh Giordani Bambino dan dijual sekitar harga $2,200, convert sendiri lah untuk mata wang yg korang mahu. Apa kelebihan kereta bayi ini, yer la kamu tu kan konon-konon selebriti gitu, jadi kereta bayi ini akan membantu anda melindungi bayi anda daripada peminat fanatik yang mana berisiko untuk mencocok mata bayi anda. Fuwahahahaha..

P/S : Korang mahu beli yang mana satu untuk bayi korang? heheheh.. korang kena belajar tips penjagaan bayi yg betul di sini tau..

3 comments

November 30, 2010 at 1:13 PM

Salam siang!!!! follow kmhali kawan n thax ya....

November 30, 2010 at 1:17 PM

heheh thanx anisayu..
harap sering datang ya..

July 3, 2011 at 1:18 PM

hahah canggihnya kereta sorong sekarang nih..cikk anisayu..blh follow kita tak..kita nak follow awak nih..heheh

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...