Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Sebuah kisah tentang keyakinan aku kepada Mu.

Friday, November 19, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Assalamualaikum semua..
Urm.. lama aku tak update blog ni. Adui pening juga aku dibuatnya. Susah juga mau cari benda yang boleh dikongsi dengan semua orang kan? Apa topik kita ya..(masih lagi berfikir..searching..identifying..ya..dah jumpa!!!) oklah aku nak kongsi benda yang aku rasa adalah peringatan untuk diri aku sebagai Muslim iaitu Iman, Ilmu Amal dan Yakin. Post ni agak panjang sedikit, jadi kalau nak baca amatlah dialu-alukan dan berilah sedikit komen.


Pernah tidak kita mendengar orang berkata, iman tanpa ilmu, sesat. Ilmu tanpa amal, sesat. Amal tanpa ilmu, Taklid. Iman, ilmu dan amal sebuah trilogy yang tidak dapat dipisahkan. Senantiasa berkait antara satu sama lain. Namun apa yang membimbangkan adalah akhir-akhir ini ramai yang menganggap telah membawa ketiga-tiga unsur ini ke dalam diri. Namun cukup kah tanpa meletakkan sifat Yakin dalam diri.

Iman membawa kita mengajak siapakah Rab dan Tuhan kita. Membawa kita mengenal Allah S.W.T dalam kehidupan sebagai hambanya. Ilmu memberi kita pengetahuan berkenaan dengan hukum hakam dalam Islam, yang mana Halal, Haram, Sunat, Makruh, Harus dan Fardhu. Amal pula mendidik seseorang untuk beribadah kepada Allah. Mengamalkan suruhanNya dan menjahi laranganNya. Ok di mana kita hendak letakkan Yakin?

Bagi aku yakin itu terletak disetiap ketiga-tiga setiap unsur iman, ilmu dan amal tadi. Kenapa? Tanpa yakin kita tidak akan beriman kepada Keesaan Allah SWT dan Kerasulan Nabi Muhammad SAW. Yakin terhadap Allah dan Islam pada tahap 100% adalah perlu kerana itu lah kemahuan yang Allah mahu daripada hambanya. Allah mahukan hambanya 100% tiada keraguan terhadapNya. Namun sekiranya ada jua dikalangan kita yang masih lagi menyimpan sekelumit keraguan maka Keesaan dan Keagungan Allah tidak akan berkurang biar sedikit pun. Allah tetap Gah di Arasy Nya. So siapa yang perlukan siapa skg ni? Persoalan sekarang ni aku ni yakin ka??

tak pa biar aku jawab untuk diri aku sendiri.

Masa kecik-kecik dahulu mak aku dan mak kawan-kawan aku selalu saja bercakap, " Nak, jangan main dekat sana, nanti ada hantu gigit kau," dari kecik sampai lah umur aku yang agak-agak besar. Masa tu kecik lagi mana aku terfikir. Bila dah besar baru terfikir aku perlu takut ke pada Hantu atau pada Allah. Kenapa perlu aku takut pada hantu sedangkan hantu itu juga ciptaan Allah. So kesilapan disini keyakinan yang salah telah diserap masuk kedalam diri kita dari sejak kecik lagi.

Bila lapar aku mengadu pada beliau, " Ayah, adik lapar...(dengan muka 20sen)" beliau aku biasa menjawab macam ni taw " Lapar ye dik..pegi berdoa dulu pada Allah, lepas tu jumpa ayah.." aku pun pegilah berdoa pada Allah walaupun masa tu aku kecik lagi tak tau apa yg aku buat. Lepas baca doa pegi jumpa beliau lagi. Beliau cakap mcm ni, " nah adik ambil duit ni pegi beli makan yer. Mak belum habis masak lagi tu, lepas masak kita makan ramai-ramai ya..;-)" aku pun dapat duit pegi la beli keropok-keropok, gula-gula... Bila dah besar ni barulah aku faham kenapa beliau buat macam tu masa aku kecik-kecik dulu. Rupannya beliau mahu tanamkan sifat meminta hanya pada Allah dan tidak pada makhluknya. Kerana Allah Maha memberi dan Maha kaya. Bila sifat meminta pada Allah ini ada, barulah ada datangnya sifat yakin dalam diri.

Teringat pada kisah Nabi Musa AS yang pernah diceritakan oleh pakcik-pakcik di kampung aku. kisahnya macam ni... Suatu hari Nabi Musa mengalami sakit ( tak pasti sakit apa) yang teramat sakit. Kemudian baginda pun pergilah mengadu kepada Allah dengan berdoa " Ya Allah, berilah penawar kepada kesakitan ku ini (lebih kurang doanya), " doa Nabi Musa AS memohon petunjuk daripada Allah SWT. Kemudian Allah memerintahkan Nabi Musa untuk memakan pucuk daun di sebatang pokok. Nabi Musa pun pergilah mengambil dan memakan pucuk daun yang diperintahkan. Maka sembuhlah penyakit Nabi Musa itu. Selang beberapa lama dari kesakitan itu, tidak semena-mena kesakitan baginda datang kembali, pada kali ini baginda pun teruslah mengambil pucuk daun yang pernah mengubati penyakitnya itu dahulu. Namun kali ini penyakitnya itu tidak pula sembuh. Nabi Musa merasa hairan dan dalam kesakitan baginda mengadu kepada Allah SWT. lebih kurang doanya " Ya Allah, dahulu aku memakan daun yang pernah Engkau perintahkan kepada ku untuk memakannya sebagai ubat dan aku sembuh selepas memakannya. Namun, mengapa kali ini aku tidak lagi sembuh selepas memakannya " Allah pun menerangkan kepada Nabi Musa bahawa, pada waktu dahulu baginda mengadu kepada Allah terlebih dahulu dan Allah amat gembira dan memberi petunjuk kepada baginda namun kali ini Nabi Musa tidak lagi memohon petunjuk daripada Allah dan terus sahaja memakan pucuk daun itu. Apa yang dilihat disini keyakinan Nabi Musa telah terpesong dengan meyakini bahawa pucuk daun tersebut dapat menyembuhkan penyakitnya.

Kisah ini adalah kisah yang diceritakan oleh pakcik-pakcik di kampung aku. Mereka menasihati aku agar bila berada dalam keadaan apa pun sama lapar, haus, letih dan sebagainya teruslah ingat Allah SWT dan mohonlah petunjuk daripadaNya, tidak perlu dirujuk kepada sesiapapun, selepas berdoa dan mengadu maka boleh lah mengadu kepada keluarga atau kawan. Sekiranya Nabi Musa tadi hanya terpesong sedikit keyakinannya, bagaimana dengan iman dan yakin kita kepada ALLAH?? berapa jauh sudah kita terpesong?? mari kita betulkan kembali yakin kita kepada Allah, sekiranya kita sudah yakin dan hanya kepada Allah sahaja kita mengharap maka Allah sahaja yang dapat membantu kita..Wassalam..

P/S : Maaf. aku terfikir seketika kenapa ramai orang Islam yang seolah-olah hilang keyakinan terhadap agama ini, kalau ada pun betul ka keyakinan kepada Allah dan Islam itu 100%, kalau ya 100% mengapa bermacam-macam masalah yang menimpa orang Islam??

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...