Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Sebuah kisah : Ibu rela dirogol demi menyelamatkan anak.

Sunday, November 28, 2010 9 ,000,000 terlepas cakap
KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan..

p/s: jahanam punya perompak. Aku doakan ko menerima balasan yang setimpal. Buat keluarga mangsa banykkan bersabar. Pengorbanan si ibu amat besar makananya kepada si anak. huhuhu

9 comments

November 29, 2010 at 11:53 AM

nice blog pollow...

November 29, 2010 at 12:50 PM

@Are D Natasha

thanx tacha..
heheh panggilan manja gitu..hahahah

December 30, 2010 at 6:57 PM

adui.seramnya!

~telah klik iklan anda~ =)

December 30, 2010 at 7:16 PM

@Lilinghuhuh sememangnya sedih kisah ni, pengorbanan ibu bha tu..

TQ sbb klik hehehe

Anonymous
December 31, 2010 at 2:07 AM

eeee....... claka pny setan,, mrogol ja.. bwat lah bnda lain.. klu bitin sgt tu.. khwin la.. x dpt dosa pun... mmg bodoh ar...

January 3, 2011 at 10:13 PM

adoiiiii aku baru baca entri ni ... folow2

January 3, 2011 at 10:46 PM

@FirhanAbqari tQ sbb follow..jgn lupa dtg2 selalu ar..heheh

March 17, 2011 at 3:00 PM

Sedih sangat2.. Sbb depan anak2 dia kene rogol.. Semoga penjenayah tu sedar apa yang dibuat tu benda paling keji dunia akhirat.. (Rosakla fikiran anak2nya.. sangat sedih..) Mmg jahanam punenye penyamun.. Aku tak maafkan kau sampai bila2!!!

March 17, 2011 at 3:28 PM

@Miss Faten dosa dia takkan terampun selagi tak bertaubat..kita sama2 doakan keluarga mangsa diberikan kekuatan..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...