Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Pengorbanan seorang Kekasih

Saturday, November 13, 2010 10 ,000,000 terlepas cakap
Kisah yang ingin dikisahkan ini, merupakan sebuah kisah luahan perasaan, sedih dan pengalaman seorang lelaki bernama Boyfriend. Saya petik kisah ini daripada sebuah forum semasa tersesat menggoogle isu-isu semasa. Bagi aku, kisah ini patut di ambil iktibar oleh mereka yg hangat dilamun shinta.
nak tahu apa kisahnya...? JOM

"abg...tlg dtg umah segera, urgent".
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina
yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak
tahu, kalau tidak naya. Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi.
Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura
kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit
"Ina, Ina".
Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apa pun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk mana pun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina LAPAR, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi. Belanjan Ina dulu, boleh bang" suara Ina lemah sambil tangannya mengusap-usap perutnya sedang berbunyi kelaparan.

p/s: demikianlah kisah pengorbanan seorang boyfriend terhadap kekasihnya. Lepas baca, sila beri komen boleh?? Nak upgrade kualiti..

10 comments

November 13, 2010 at 7:27 PM

kirimsalam dengan cewek tu arr..
terasa kurang pulak oelajaran beliau..
adoiiiiiiiiiinaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~
menyampah!
btw, LAWAK ANDA BERKESAN! ;D

November 13, 2010 at 7:43 PM

@freaky*

hahahah..rin, ok ka sudah aku punya blog?? ada sudah ka juga pengisiannya??

November 13, 2010 at 9:08 PM

ada suda. boleh p maju suda ko..
layak suda ko ikut pertandingan bercerita peringkat praskolah.

p/s: len kali komen di tempat komen.macam aku!benci~

November 14, 2010 at 6:14 AM

@freakystar

sori bha rin..ko taw juga aku selalu pakai IPGY punya line..mana jumpa dia punya comment box..aduina ampunkan aku penunggu gua..

November 14, 2010 at 7:26 PM

aik na..paling lah gf dia ni..MANTAP!!!
kim salam bf dia..ahahhaa

November 15, 2010 at 5:25 PM

@AmoreMio88
hahaha..ok2 nnt aku sampaikan salam ko kepada pompuan yg bernama jessica lim tu..

April 18, 2011 at 10:16 AM

ngok tul la..hahaahhaa

Anonymous
May 26, 2013 at 4:52 AM

Good info. Lucky me I came across your site by accident (stumbleupon).

I've book marked it for later!

Here is my web-site - book of ra kostenlos spielen download

Anonymous
May 29, 2013 at 12:24 AM

Very nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that
I've really enjoyed surfing around your blog posts. After all I'll be subscribing
to your rss feed and I hope you write again soon!


My web blog book of rah online

Anonymous
June 11, 2013 at 7:01 AM

I am curious to find out what blog system you happen to be utilizing?

I'm having some small security problems with my latest blog and I'd like to
find something more safe. Do you have any recommendations?


my web site ... book of ra online spielen ohne anmeldung

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...