Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kisah Datuk Lee dan Pasukan Hoki kita di AG

Wednesday, November 24, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Salam semua..
Saya mahu berkongsi dengan dua buah kisah yang menyedihkan dan menggembirakan bagi aku. Kisah sedih sebab semalam tengo final Datuk Lee lawan Si Lin, sayangnya Datuk kalah pula walaupun memberikan sepenuh kudrat walaupun masih lagi bersisa kesakitannya tu. Nampak gayanya negara terpaksa menunggu lagi untuk 4 tahun lagi setelah kempunan selama 40 tahun mengidamkan pingat emas sukan asia acara badminton perseorangan lelaki. Kali terakhir kita menang menerusi Datuk Punch Gunalan. Sabar Datuk Lee

Aku gembira pula sebab pasukan hoki negara benar-benar membuktikan bahawa kita juga merupakan salah satu pasukan hoki yang PATUT diberikan perhatian oleh kuasa besar hoki dunia. Negara berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir Khamis ini untuk menentukan pingat emas menentang pasukan Pakistan. Berbekalkan semangat Malaysia Boleh! skuad hoki negara berjaya juga menewaskan pasukan pilihan iaitu India. Tahniah!!!!!

Tadi aku ada tengo berita TB 3 yang berita sukan tu. Kegagalan Datuk Lee memenangi pingat emas acara badminton perseorangan lelaki sememangnya dirasai oleh segenap rakyat Malaysia tidak kisah lah kau siapa, jantina apa, tapi tetap juga sedih. Aku yang menonton perlawanan 'live' semalam pun kadang-kadang geram juga melihat tatkala Datul Lee ketinggalan jauh pada set ketiga. Namun, sebagai peminat Datuk Lee, kita tidak seharusnya melihat kegagalan beliau kepada Si Lin itu satu aset untuk kita menghentam beliau. Kita seharusnya meletakkan diri kita dalam situasi Datuk Lee yang tertekan membawa harapan negara dan rakyat disamping menanggung sisa-sisa kesakitan yang dialami oleh beliau. Komen peminat di FB pun 90% tidak menyalah kan kegagalan Datuk Lee. Ya, Tahniah diucapkan bagi yang tidak menyalahkan kekalahan beliau. Apa yang perlu sekarang ini, kita bekerjasamalah untuk mencari bakal-bakal pelapis yang pasti akan membawa cabaran negara pada masa akan datang. Jangan lah hendaknya sukan Badminton ini akan terkubur sepertimana sukan bola sepak yang mana kita pernah menjadi antara pasukan yang digeruni.

Hoki pula sememangnya membawa satu berita yang amat bermakna. Korang boleh lah baca kat sini yer..

DUA faktor - membalas dendam kekalahan di Sukan Komanwel dan mengukir sejarah mara ke final buat julung kali - harus menjadi dorongan terbaik kepada skuad hoki negara ketika turun beraksi menentang India pada separuh akhir di Stadium Hoki Aoti, hari ini.

Walaupun India bukan calang-calang pasukan tetapi misi menewaskan lawan bukan sesuatu yang mustahil seandainya skuad bimbingan Stephen Van Huizen mengulangi aksi terpuji ketika seri 2-2 dengan gergasi Asia, Korea Selatan dan menumbangkan China 4-2, kelmarin.

"Peluang tetap ada tetapi dengan syarat pemain perlu fokus dan mempamerkan semangat juang tinggi," kata Stephen. "Jika ia dapat diterjemahkan, saya yakin India yang baru memenangi perak di Sukan Komanwel mampu ditewaskan," katanya.
Kali terakhir skuad negara menentang lawan itu adalah dalam perlawanan pembukaan Sukan Komanwel New Delhi bulan lalu tetapi kelekaan pada hujung permainan membolehkan lawan menjaringkan gol kemenangan 3-2.

Begitupun, skuad negara tidak pernah mara ke final temasya terbesar Asia empat tahun sekali ini dengan pencapaian terbaik hanya memenangi gangsa sebanyak tujuh kali pada 1962, 1970, 1974, 1978, 1982, 1990 dan 2002.

"Kita akui terdapat kelemahan di posisi benteng tetapi kita akan perbaikinya menjelang pertembungan itu. Kita juga akan meneliti rakaman perlawanan India bagi mengesan kelemahan mereka untuk dieksploitasi," kata Stephen.(beritaharianonline)



P/S: Kisah perjuangan dalam sukan belum berakhir lagi. Sebagai rakyat yang cintakan negara kita seharusnya memliki semangat juang dalam apa juga tindakan yang kita lakukan. Tidak kisahlah kita berada dalam bidang apa pun, sukan, perniagaan, politik, pendidikan dan sebagainya.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...