Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Secebis Kenangan masa kita kecik-kecik

Wednesday, November 24, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Salam Semua..
Mereka yang lahir pada tahun 80an kamu mesti ingat masa skola rendah dulukan kisah-kisah yang akan aku kisahkan kembali ini. Mari kita ingat bersama mahu? Sambil mengimbai kisah dan kenangan lama, apa kata korang pi carik gambar-gambar masa kecik-kecik. Dan jangan lupa tisu..JOM!!

Masihkan ingat dulu masa di skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. Sekolah aku dulu sekolah kampung jadi ada juga la selesman macam tu. Korang punya sekolah?

Masihkah ingat di library, kita memang baca buku tapi kita tengok gambar jak. bile ada program Nilam, sibuklah masa tu semua nak pinjam buku.

RMT di skolah aku makanan dia sedap dan best, tapi yangg berduit pun join tumpang RMT, Tak faham aku. Cikgu mesti bagi ujian formatif dulu sebelum nak bagi kupon RMT tu. Tak suka la.

Masa dulu korang pakai pensel box yang macam mana? Aku pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener kat tengah-tengah. Aku jarang tengok kotak pensel macam tu sekarang.

Game yang best dulu adalaha main lawan pemadam, masa tu aku sayang nak guna pemadam tu untuk memadam padahal itu fungsi sebenar, untuk memadam. Rekod aku dulu aku penah berjaya kumpul sampai penuh pensel box aku dengan pemadam yang ada gambar segi empat tu. heheh

Ingat ka pembaris yang popular dulu ialah pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada bende berkilat dalam air tu. Sayangnya aku tak penah ada pembaris macam tu. Aku jeles dengan kawan-kawan aku.

cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tengah-tengah tapi tak penah nampak cikgu pegang pun kat situ. Punggung aku penah patahkan dua batang pembaris macam tu. Korang berapa?

bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. Padahal fungsi benda tu untuk buang habuk dan debu.

Masa subjek pendidikan seni, lukis suma boleh lah melukis tapi bila masa nak mewarna suma hampeh, ciri-ciri lukisan kanak-kanak sememangnya terserlah. Hahaha. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...rindunya..

dulu aku selalu lepak rumah kawan sampai lupa nak balik rumah sebab main game 2D. ala yang game kaset tu catridge ker orang putih panggil. Game-game macam super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. Hahaha best ni. Dulu mahal gila, tapi sekarang ni hehehe da berkemampuan nak beli 5 sekali hahah UP sikit..

ingat ka dengan jam tangan Boy London yang sentiasa jadi idaman budak-budak sezaman kita. Kenapa? sbb boleh tukar-tukar kaler ikut suhu n cuaca. Hahaha memang lari sangat dari fungsi sebenar dia.

Masa sekolah dulu kan da bagi suntik BGC. Semua kawan-kawan aku termasuk yang mengkisahkan ini takut BCG tp lepas inject berlagak pula tunjuk hebat la segala. Cit masa tango jarum nangis bukan main. Huh!

Dulu tak sanggup makan seminggu sebab simpan duit bekala untuk beli sesuatu. Bila dah cukup duit, balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. Hahah aku rindu nak beli macam tu. Rindu sangat. Korang tak rindu ka?

Masih ingat ka dengan kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tv bole tembak alien tu. Aku ingat lagi, setengah mati nangis-nangis kat mak sebab nak minta beli kasut macam tu. Hahaha bila da beli boleh la belagak depan kawan-kawan.

Siri kartun dulu-dulu aku selalu tengok power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan macam-macam lagi. Sanggup jer berjalan rumah yang ada elektrik pasang waktu siang. Biasalah kampung aku dulu elektrik malam jer tu pun sampai tengah malam jer

Kawan-kawan jangan lupa sum ni yer sebab zaman sekarang budak-budak sempat layan benda-benda ni. kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul dan kenangan masa kecik-kecik dulu itu yang permanent. huhu~

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...