Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kisah aku pertama kali kena T.A.G

Friday, November 26, 2010 8 ,000,000 terlepas cakap
Ini merupakan detik bersejarah aku sebagai blogger kerana telah di tag untuk pertama kali oleh rakan blogger yang lain. Aku ingatkan aku layan sorang-sorang jer blogging ini, namun tanpa aku sedari aku sebenarnya memiliki teman blogger yang sedang memerhatikan aku hahahah..terima kaseh daun keladi kepada cik reen kerana telah tag aku. Oleh itu akan jawab sedaya upaya soalan ini berdasarkan skema jawapan yang tepat. JOM!!

1. Ape yg paling penting dlm hidup korang?
= urm.. aku rasa paling penting bagi aku adalah Yakin pada Allah, Agama Islam, family dan kasih sayang dari orang sekeliling aku...ishhhh skema juga jawapan aku ni..

2. Benda terakhir korang beli guna duit sendiri?
= kalau duit elaun tu duit sendiri juga ker?? hahahah aku beli motor baru tak sampai 3 bulan pakai dah eksiden..ceh amatur betul la aku ni..

3. Adakah korang bercinta sekarang?
= Yup..yupp..kan cik Zura????

4. Berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?
= Yang ni aku nak bawa dia kawen, kalau mak bapak dia halang aku bawa dia lari ke sempadan kawen di sana, kalau tak boleh di sempadan...hahah

5. Di mana korang akan jumpe kekasih korang?
= akan??? apa kah maksud mu wahai pembuat soalan?? soalan umum...pass~

6. Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli?
= Novel (Guru~arkitek Bangsa, citer dia best), Buku (Buku latihan~kira juga kan sebagai buku) dan Majalah (Majalah Ujang dan Apo, 2 tahun lepas) hahahahh

7. Apakah name penuh korang?
= nah I/C aku..siap dgn no. i/c dan alamat aku..hehehe

8. Antara mak dan ayah korang, yg mane korang lebih mesra?
= mesre dua-dua, kalau arwah masih hidup lagi mesra dengan dia la, tengo berita sama-sama sambil urut beliau. Mesra sangat dengan beliau walaupun selalu kena 'hambat' dengan tali pinggang, rotan, penyapu lidi dan yang sewaktu dengannya.

9. Namakan org yg betul2 korang nak jumpe dlm hidup korang?
= Rasulullah, Arwah beliau aku dan pemimpin-pemimpin tanah air yang ada sekarang ni termasuk pemimpin pembangkang. Aku nak cakap kenapa terlalu banyak kepincangan dalam pemerintahan negara di peringkat bawahan.

10. Namekan tempat yg korang betul2 nak pergi?
= Mekah (naik haji), Rumah aku yang lama dulu masa aku kecik-kecik. Aku rindukan memori zaman kecik-kecik. Tapi rumah tu dah kena roboh. uhuhuhuhuuuuu

11. Pilih salah satu.. peluk atau cium?
= lagi soalan umum, aku nak peluk cium siapa?? silap-silap aku kena terajang pula..arghh tak mahu lah. Baik-baik orang makan nasi aku makan ubat di hospital.

12. 5 lagu yang bermakna dalam hidup korang?
= Suara ku berharap -Hijau daun
= ibu = aiman
= sentuhan mu - in~team
= mengenangmu - Kerispatih
= Iris - Awie

13. Beritahu 3 perkara tentang orang yg tag korang?
= Tak penah jumpa depan mata tapi dari gambar di blog sememangnya dia C.O.M.E.L
= Dari blog dia juga dapat dikesan bahawa dia amat mencitai bupren dia. ( untung la ko Mohd. Syafiq Sao'di)
= Dari blog dia juga dia minat kaler PINK..kot..hehehehe

14. 5 benda yg korang syg sgt2 dlm hidup korang?
= Hardisk aku ~ sebab kat dalam penuh dgn barang-barang berharga seperti anime, movie, esaimen aku, video clip, gambar...

15. Bila tarikh lahir korang dan kat mane korang sambut tahun lepas?
= 29 mac (korang yang baca ni jangan lupa wish dan hadiah aku taw) aku sambut di dalam shopping komples ada 'orang' belanja aku hahahaha

16. 5 blogger yg korang nak tag?
= cik reena (aku nak tag, tapi memandangkan dia dah jawab so aku cancel la heheh)
= anastasyea (betol ker aku eja nama dia ni??)
= zul (rakan blogger yang best)
= ckynwan ( rakan blogger yang selalu buat aku jeloz dgn post-post dia hahahah)
= syella (rakan blogger yang sweet bila shopping, awsome bila main bola)
= Mrs Freaky ( Ko ketawa jak kan masa d epot hari tu sampai aku 'kering')

17. Cerita sikit pasal blogger2 yg korang tag?
= hahah dorang semua bestes..kalau maw bokti dia korang pegi jer blog dorang..fuh!!!!

P/S : penat juga menjawab tag ni yer..hahahah

8 comments

Anonymous
November 27, 2010 at 12:38 AM

heheh! i xaddict pink taw~ dulu blog i hitam..tapi saja nak bertukar mood plak jadi pinky..
[tapi xsuka digelar pinky]
*thanx sbb da jawab tag ni..=)

November 27, 2010 at 12:50 AM

@Cik Reena Tan

hahah ya ka??
aku silap jawab la ni aduh kena la potong markah ni..
apa2 pon..thanx yer sbb dah tag aku..
kira da masuk dalam sejarah hidup aku ni sbg blogger ni hahahah

Anonymous
November 27, 2010 at 10:55 AM

bereh~
nnt i tag awk lagi eh. =)

November 27, 2010 at 11:48 AM

@Cik Reena Tan
ok reena..thanx ya..heheh

November 27, 2010 at 2:44 PM

wehhh... tag aku yer... ok aku jawab... huhu

November 27, 2010 at 9:56 PM

@Zulkifly Omar

hahah zul..ko jawab juga pun heheh thanx ar..

November 27, 2010 at 10:46 PM

hahaha ape la y ko jeles sgt tu oiiii

nanti aku buat tag ko hehe

November 28, 2010 at 5:57 AM

@cKyN WaN

jeles lah..macam2 aku jeles hahaha
hari-hari aku datang tempat ko then check apa benda lah yg boleh buat aku jels lagi hahahah

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...