Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Aku, Download dan Internet Download Manager.

Sunday, November 28, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Aku hari ini sememangnya malas nak keja-keja lain (bila masa aku rajin??) Memandangkan aku sekarang ini berada di rumah, jadi aku buat sajalah macam orang yang duduk di rumah. Lain lah kalau aku skang ni ada di hostel memang aku kena buat lain-lain benda contohnya download movie, anime, masuk youtube then macam-macam lah lagi. HUH memang aku giler download sampaikan kawan-kawan aku gelar aku Gila Download (eh angkat bakul sendiri nampak aku haiz). Yer la da nama internet free, mesti berhabis maw download macam-macam. kadang-kadang tu aku download sampai 3-4 movie sehari. hahahhaha (ketawa bongkak sikit). Walaupun internet di hostel selalu kena block oleh kementerian namun atas kebijaksanaan kawan aku (trima kasey kepada en.crunx untuk kaedah yang bijaksana).

Ada juga senior-senior yang bertanya macam mana aku boleh download movie, apa cara yang aku guna dan pakai. Hahaha.. aku bukan lah orang yang pro untuk mengajar orang bab-bab mendownload ni. Banyak supware yang boleh kita pakai untuk mendownload sebenarnya. Tapi penggunaan supwer itu bergantung pada teknik kita mendownload. Secara Umum dan tiada pengkhususannya, teknik mendownload ada dua jak (bunyi macam banyak kan?) ok teknik yang petama dalah menggunakan apa yang disebut sebagai direct download atau muat turun terus (bahasa baku di kesan di situ) dan juga kita download menggunakan torrent.

Aku nak terangkan apa itu torrent atau korang boleh tanya pakcik goole atau makcik yahoo. Namun secara ringkasnya, Torrent adalah 'benda' yang digunakan untuk mendownload secara peer to peer file sharing. Dulu pun masa aku mula berjinak-jinak dengan dunia download ni aku gunakan torrent juga. Namun kelemahan utama torrent ini ialah ia bergantung kepada perkongsian fail. Sekiranya terdapat 'rakan' yang memiliki fail yang sedang kita download itu kurang meng 'online' kan dirinya maka tarikan kelajuan download kita juga kurang, terkadang tu tiada langsung. So kena bersabar ajew ler. Banyak juga laman sesawang yang menyediakan fail torrent ini. korang boleh klik di sana kalau mau tahu laman-laman sesawang yang menyediakan download file torrent yer. Apa pula supwer yang sesuai untuk torrent ini? (soalan yang diajukan oleh diri kepada diri ku). Banyak juga bha boleh di pakai (nah keluar sudah sabahan aku) antaranya bitcomet, ares, utorrent, bittorrent etc.

Ok cara seterusnya adalah dengan cara direct download atau muat turun terus. Dah nama pun direct jadi caranya adalah kita akan mendownload terus fail-fail yang kita mahu itu dengan secara terus menerus tanpa sebarang sekatan (kecuali internet korang sama laju dengan siput) daripada Laman sesawangnya atau file hosting. File hosting adalah laman sesawang yang menyediakan peluang kepada pengguna internet untuk memuat naik fail-fail mereka untuk dikongsikan dengan pengguna lain. Antara fail hosting yang popular adalah rapidshare, mediafire, hotfile, ziddu, megaupload, usaupload dan banyak lagi ( tak boleh dibilang dengan jemari aku).
internet download manager IDM
Supwer yang aku gunakan untuk mendownload (juga senjata utama aku) fail direct download adalah Internet Download Manager (IDM). Dengan berbesar hati aku pun nak kongsikan supwer ni kepada korang dengan peringatan kena instal baik-baik kalau tidak menjadi dia jadi unregistered. hahaha so nnt tanyakan saja pada aku yer. Kelebihan supware ni banyak juga, biasa kalau hendaklah mendownload daripada youtube punya video perit sikit kalau gunakan youtube downloader, tapi kalau gunakan IDM ni simple jer macam cungkil makanan kat celah gigi. Lagipun kelajuan supware ini untuk mendownload telah diakui ramai pengguna. Aku adalah pengguna BBand Celcom yang bayar basic bulanan dia namun dengan supware ni aku boleh tarik kelajuan sehingga 150kb persecond. Laju lah tu bagi pengguna Bband yang average kelajuan adalah 50-60 kbps semasa mendownload. Selain IDM ada banyak lagi supware korang boleh guna contohnya Jdownloader. (tak pasti supware ni ok atau tidak) .

Ok lah masa akan datang aku pun akan criter lagi macam mana proses-proses mendownload movie atau anime pula. Hahaha sebarang pertanyaan tentang IDM boleh komen atau tanya terus pembantu aku En. Google dan juga Pn. Yahoo.

P/S : tgh menanti kualiti video yang baik untuk Filem hairi bottle Part 1. Kalau dah ada kualiti yang lawa ckit aku akan muat turun laju-laju. Hahaha

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...