Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[Kembara] 30 Hari menjadi guru Praktikum (Ep. 1)

Monday, March 21, 2011 3 ,000,000 terlepas cakap
WAHHHHHHH aku dah lewat..aduh aku tengok jam sudah 5.30 pagi, tengok HP BIBAZ aku dah ada 6 mizkol dari si 'dia' gila eh!! ada ka aku terlambat bangun. Matailah macam begini oleh GB. Aku lalu depan bilik kawan aku, aku tengok dia boleh sempat main dota lagi..budak ni nda p skola ka? kan ari ni praktikum, hari petama lagi tu..aku biarkan jak dia, aku terus berlalu dari bilik dia menuju ke 'swimming pool' di hostel.

Lepas jak memberikan salam solat subuh terus besiap-siap pakai segala kelengkapan. Tengok cermin 13 kali untuk betulkan mana-mana yang patut, capai beg terus p keta 'batman' kawan aku. Aku masuk kereta, sembang-sembang kejap, kawan aku setat enjin, aku pla tengok cermin sisi (becermin lagi). ALAMAK!! baru aku perasan, spek aku..aku pakai spek untuk malam. Mana boleh macam ni, nnt mata sakit lagi kena silauan mentari. Tak boleh jadik, aku belari ke hostel dengan kelajuan Usain Bolt semasa memecahkan rekod dunia ari tu..

Sampai sekolah ikut perhimpunan la pla. Perhimpunan tu memang la wajib sedangkan kami di IPG pun dengan 'suka rela' turun perhimpunan taw. Ada dua orang budak darjah dua skip kelas. WOW berani juga nda padan dengan saiz badan. Tak sampai pun pinggang aku tapi dah berani tunjuk gigi tak jadi dia. Bla..Bla..Bla..ucapan daripada guru-guru. Aku dgn kawan aku terus menerus memerhatikan gelagat budak-budak ni. 'FUNNY'..eh! biar betul nama budak pompuan ni..

Jumpa dengan PK minta jadual. Hampir sejam berbincang jadual yang tak cukup-cukup waktu dan mengelirukan dan akhirnya kami bertemu jalan penyelesaian yang terbaik tanpa membabitkan sebarang kejadian pertumpahan darah setitik pun. Aku kena ajar budak darjah 2 dan 5. Dengar kata ada OKU dalam kelas darjah dua tu. MAMPOS..aku mana belajar lagi PJ suaian..

Jumpa dengan Guru pembimbing yang masih bujang lagi. Sembang dengan dia memang best sampai mata aku rasa berat jak. Tapi aku tahan. Perot pula sudah berdondang sayang 180 kali. GILA!! boleh terhakis dinding perut aku kalau rembesan jus gaster tidak dihentikan dengan segera. Kaki yang lemah aku atur langkahnya ke kantin. WAH makan!!! aku hantam dengan milo ping segelas. Kenyang.

Jumpa pla dengan cikgu yang aku gantikan. Maw tanya beliau dah ajar sampai tajuk mana. Dia menjawab dengan penuh keyakinan.. " Aku rasa dah ajar sampai tajuk yang lompat-lompat tu la, cikgu.." Aku dengar ayat tu, maw jew rasanya aku hamburkan ketawa aku depan dia. Tapi aku jaga reputasi aku sebagai kawan Barack Obama. Tak jadi aku ketawa. Kemudian dia cerita sikit backgroun kelas yang akan aku ajar. Perghhhh ada budak kembar yang nakal dia cakap. tak pew masih under kontrol, sbb belum jumpa..

Balik dari sekolah kawan aku yang drive maw test jalan baru. Taw-taw tesesat..ahahaha Nasib baik tak sampai sempadan Thai. Sampai bilik aku terus selesaikan urusan dengan Yang Maha Esa, lepas tu aku bayar balik jam kredit aku untuk masa tido.ZZZZzzz

Malam aku hantar Email sama pensyarah penyelia dan mula mengupdate ni blog. YES dengan kalau korang dah baca sampai tahap ni, maknanya korang dah baca sebahagian hari aku untuk hari petama aku praktikum aku yang petama. Esok pasti ada lagi cerita yang bukan-bukan..heheh jangan lupa ikuti kisah aku besok pula yer...



3 comments

March 21, 2011 at 10:33 PM

bah sama2 kita share aa

March 21, 2011 at 10:58 PM

@Nur Izzatie Nadia Binti Subri bha...share2..

March 22, 2011 at 5:57 AM

kehkehkeh...mcm sma jak ari ptma kta ni!

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...