Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[Kembara] 30 Hari menjadi guru Praktikum (Ep. Bumper)

Sunday, March 27, 2011 3 ,000,000 terlepas cakap
memandang aku lama tak update disebabkan kesibukan melampau yang sengaja di ada-adakan oleh diriku maka aku terus update sampai hari ke-7. Waaaaaaa kira ni isu bumper atau bundle..hehehe

Hari ke-4
Hari ni aku masuk ke kelas tahun 5 wira. Mula-mula aku tunjuk muka garang dan menyeramkan macam Undertaker. Saja jak aku maw bagi 1st impression supaya dorang tak ketok kepala aku nanti. Bila dah tunjuk muka ketat habis ni aku bagi lah arahan. Eh!! budak-budak ni mendengar cakap pula. Dorang tak melawan, tak bising dan patuh arahan aku yang paling penting dorang sempoi jak budak-budak ni.

Muka yang ketat kunun maw tunjuk garang mula di kendurkan semula dan mula la si bibir manis aku ni mengukir senyuman dan perangai gila-gila aku mula nampak. Hahahah aku bagi dorang main puas-puas. Dorang happy dan aku pun happy sebab budak-budak ni mendengar cakap aku. PERGHHH aku haraplah masa aku kena nilai oleh pensyarah, masa tu aku tengah mengajar budak ni hehehehehe..

habis mengajar aku tengok jauh di sana, kawan aku pula mengajar kelas dia. Nampak teratur jak. Tapi bila dah sembang di bagitaw kelas dia menghampakan dia. Aku cakap ok jew tak dah masalah hehehe tpai entahlah, pendapat orang lain-lain.

Hari ke-5
Hari Jumaat dan juga hari tanpa kelas bagi aku. Aku pakai baju melayu berkaler oren gitu. Penolong Kanan nampak aku. Terkejut berok dia sebab baju kami sedondon hahahah kaler oren gitu. Guru yang lain gelak kikikikiii..

Aku tak buat banyak keja. Melainkan membantu seorang guru yang meminta pertolongan setelah mengetahui yang aku ni adalah dukun. Alaaa bukannya menghalau hantu atau jin tapi minta tolong tampal Bahan Bantu Mengajar di dinding kelas dia.

Oh ya ada kisah tentang Guru Besar yang S**t di sekolah tu. Bagi aku dia memang tak layak memegang jawatan itu apatah lagi jawatan seorang guru. Malas maw cerita sal keturunan Mak Lampir tu. Hari Jumaat kena jaga mulut beb. Nanti kena gam.

Hari ke-6
CUTIIIIII...sekolah patut ada gotong royong hari tapi GB yang tak makan ubat tu tampal notis GOTONG ROYONG DITUNDA..YES!! riang dan girangnya hati ku berdansa. OK aku habiskan Rancangan Pengajaran Harian aku untuk Tahun 5 sampai minggu terakhir aku di sekolah tu. Bayangkan berapa banyak RPH yang aku buat tu untuk tahun 5. Untuk tahun 2 pula aku masih gantungkan lagi keja tu di penyidai baju aku. Tak dak IDEA untuk ajar budak-budak kecik ni. Apa lagi bila memikirkan 2 Juara yang paling 'manang'. Hilang terus keriangan di hati menjadi guru. Tapi kena teruskan juga perjuangan untuk anak bangsa.

Hari-7
Hari Ahad. Sama juga masih cuti. Aku buat RPH untuk budak-budak aku esok. Petang tadi aku ada main futsal pla lawan admin WSB. fuh seronooookkk gila main tadi dengan dorang. Eh lari tajuk pla aku. OK aku siapkan RPH sampai tgh malam ni termasuk dengna ABM aku yang tak seberapa ni hahaha. Entahlah apa nak jadi hari esok. arghhh..malas mau pikir, aku mau tido ni. Korang baca yer apa kisah aku pla esok huhuh..

aku kata : GURU ARKITEK BANGSA

3 comments

Anonymous
March 28, 2011 at 10:56 AM

goodluck,dude~ ;)

March 28, 2011 at 11:18 AM

uiseh..jadi cigu suda bha c ebaq..hehe..
:D

April 13, 2011 at 7:46 AM

Sudah start mau kerja ko bro?
Selamat menempuh alam pekerjaan.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...